“Vape Diharamkan Di Negeri Terengganu” – Datuk Dr Zulkifly Muda, Mufti Negeri

Trending

“Vape Diharamkan Di Negeri Terengganu” – Datuk Dr Zulkifly Muda, Mufti Negeri

VAPE

Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu memutuskan mengharamkan penggunaan rokok elektronik atau vape di negeri ini.

Mufti negeri, Datuk Dr Zulkifly Muda, berkata mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri yang bersidang hampir enam jam semalam, bersetuju sebulat suara penggunaan vape adalah haram pada pandangan Islam berasaskan dalil serta hujah daripada al-Quran dan hadis.

Advertisement

Beliau berkata, penggunaan vape bukan hanya mendatangkan mudarat kesihatan, malah ia mengundang pembaziran ketika umat Islam perlu mengukuhkan ekonomi di zaman serba mencabar ini.

“Jabatan Mufti negeri sedih dengan perkembangan penggunaan kedua-dua jenis rokok baharu ini apabila ia semakin berluasa sehingga membabitkan bukan setakat orang dewasa, malah remaja, kanak-kanak dan wanita. “Penggunaan vape juga merendahkan moral dari sudut lahiriah penggunanya,” katanya kepada BH ketika dihubungi, hari ini.

Dr Zulkifly berkata, keputusan Jawatankuasa Fatwa negeri juga selaras dengan Majlis Fatwa Kebangsaan, yang sebelum ini memutuskan penggunaan vape adalah haram.

sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...