Vans Global Custom Culture 2019: Rekaan Bertemakan Nasi Lemak Ini Mencuri Tumpuan Netizen

Fesyen

Vans Global Custom Culture 2019: Rekaan Bertemakan Nasi Lemak Ini Mencuri Tumpuan Netizen

Rekaan peminat kasut Vans dari Malaysia sememangnya tidak menghampakan. Setiap kali Vans Global Custom Culture diadakan, memang banyak rekaan kreatif dihasilkan oleh orang kita. Penyertaan untuk Vans Global Custom Culture 2019 telah ditutup baru-baru ini dan ada satu rekaan tempatan yang tular di laman sosial.

Hasil rekaan Afiq yang bertemakan makanan kebangsaan Malaysia iaitu nasi lemak dikongsikan di laman Twitternya. Bukan sahaja kreatif malah rekaannya ini turut mendapat sambutan hangat daripada netizen.

Advertisement

Sekali tengok memang nampak sedap! Ini memang betul nampak macam nasi lemak ni. Kalau anda nak tahu, rekaan Afiq ini telah lepas pusingan kedua dan memerlukan undian daripada anda untuk ke pusingan seterusnya.

kasut vans nasi lemak
kasut vans nasi lemak

Berdasarkan jumlah undian dan ‘likes’ paling banyak, Vans akan menyenarai pendek 10 rekaan daripada seluruh Asia untuk pusingan seterusnya. Vans menganjurkan Global Custom Culture bagi meraikan kreativiti pereka seluruh dunia untuk berkarya.

Undian dibuka secara rasmi bermula 1 hingga 13 Oktober 2019 dimana anda boleh mengundi rekaan pilihan anda. 10 rekaan akan dipilih untuk pusingan seterusnya dan para artis akan diberikan sepasang kasut model Era untuk melukis rekaan mereka itu.

Sekiranya anda berminat untuk melihat rekaan nasi lemak ini dihasilkan, anda boleh mengundi di sini. Mana lah tahu kita berjaya jadikan kasut nasi lemak trending di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...