Menerusi akaun Twitter ondscene.my mereka melaporkan aktres Vanidah Imran telah terlibat dalam satu kemalangan  dan kenderaan jenis Mini Cooper yang dipandu oleh Vanidah terbakar dalam perjalanan di Serdang menghala ke Sungai Besi sekitar jam 3.00 pagi tadi. Walaubagaimanapun, Vanidah dikatakan selamat.
Suami beliau Rashidi Ishak telah mengesahkan perkara tersebut dan menjelaskan isterinya itu terlibat semasa dalam perjalanan pulang daripada set penggambaran di Serdang. Rashidi meluahkan rasa syukur tiada apa-apa yang memudaratkan keadaan isterinya selain memberitah Vanidah masih lagi trauma selepas insiden tersebut berlaku.
Dia tak apa-apa, masih tidur lagi. Alhamdulillah dia terselamat daripada sebarang kecelakaan. Cuma sedikit trauma dengan apa yang terjadi. Kereta itu memang rosak dan hancur teruk selepas terbakar.
Punca sebenar kenderaan tersebut masih belum diketahui dan pihak Vanidah menyerahkan segala siasatan dilakukan oleh pihak polis.
Punca kereta boleh terbakar tidak diketahui dan kami menyerahkan kepada pihak berkaitan untuk menjalankan siasatan. Kami juga sudah membuat laporan polis di Puchong.
Kereta yang dipandu Vanidah Imran itu dimenangi ketika beliau dan suami menjuarai pertandingan Sehati Berdansa musim pertama yang disiarkan stesen Astro pada tahun 2007.