Pasangan selebrti Vanidah Imran dan Rashidi Ishak antara yang menjadi idola ramai kerana masih lagi mengekalkan saat manis seperti pasangan yang baru bercinta meskipun sudah mendirikan rumah tangg selama berbelas tahun lamanya. Kemesraan mereka berdua memang dipuji ramai.
Namun, ada berita yang tidak sedap didengar apabila Mary Jane menerusi portal Utusan Online melaporkan rumah tangga pasangan ini sudah tidak boleh diselamatkan lagi. Malah pasangan itu turut dilihat ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 9 Ogos lalu.
Walaubagaimanapun, Vanidah ataupun lebih mesra dengan panggilan Vee nampaknya enggan memberikan sebarang komen lanjut mengenai gosip beliau sudah bercerai.
Kami berdua pilih untuk tidak mengulas mengenainya. Tidak kuasa hendak layan nanti lebih panjang.
Terdahulu, Mary Jane juga mengatakan Vee dan Rashidi berpisah secara baik dan hak penjagaan anak diserahkan sepenuhnya kepada pelakon wanita itu.
Pasangan ini berkahwin pada 1 Oktober 2000 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Mikhail Imram dan Maryam Rashika. Penulis tidak nafikan agak kecewa juga mendengar berita mereka sudah cerai, namun harapnya ia sekadar khabar angin sahaja.

Aku
August 20, 2018 at 4:20 pm
Wow! Di IG nampak macam pasangan paling bahagia di dunia. Ermm bertabahlah.
Bella
August 20, 2018 at 12:18 pm
Mmg dah confirm dah cerai…
Madamoiselle
August 20, 2018 at 10:30 am
I love this couple! Pls I hope you guys stay together ?? My prayers for both of you kak vee and abg rashidi
aih
August 20, 2018 at 9:05 am
nooooo… kenapa ni …. vanida antara salah satu pelakon melayu yang cantik cuma x de rezeki nak masuk nikah jer.. moga kemelut rumahtangga dapat diselesaikan…
wekkkkkkk
August 20, 2018 at 9:00 am
agaknya sudah ada buah hati dri kalangan pesilat tanahair.