Van Jenazah Dicuri, Pemandu Terlibat Kes Pecah Rumah? Rupanya Penduduk Salah Faham – “Dia Diserang Dengan Kayu & Besi”

Kehidupan

Van Jenazah Dicuri, Pemandu Terlibat Kes Pecah Rumah? Rupanya Penduduk Salah Faham – “Dia Diserang Dengan Kayu & Besi”

Satu rakaman tular di TikTok selepas dimuat naik oleh seorang lelaki yang memaparkan kejadian di mana dia mengejar sebuah van jenazah.

Menerusi video itu, van terbabit dilihat dipandu laju dan dalam keadaan terburu-buru kerana dikejar selepas didakwa mencuri van jenazah tersebut.

Advertisement

Woi! Kau berhenti sekarang!

Lelaki itu bagaimanapun dilihat tidak dapat mengejar van berkenaan yang telah jauh ke depan dan melalui jalan utama.

@pakliyy96 Tolong tolong van jenazah kene curi pastu buat jop pecah rumah no plat van wtk 7726 area kajang#fyp #viral #kespecahrumah #fyp#viralvideo ♬ original sound – PAKLIYY96™️

 

Penduduk yang salah faham

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof bagaimanapun berkata kejadian tersebut sebenarnya adalah salah faham dan pemandu van jenazah berusia 35 tahun itu telah membuat laporan polis.

Kata Naazron, lelaki tersebut memandu van jenazah itu ke satu kawasan perumahan di Kajang untuk dihantar kepada seorang mekanik namun kerana tersalah alamat dia terpaksa memandu dengan perlahan.

Tetapi ia menyebabkan salah faham sehingga dia ditahan sekumpulan lelaki yang menuduhnya memandu kenderaan curi dan terbabit kes pecah rumah di kawasan itu.

Kumpulan lelaki terbabit dikatakan cuba menyerang dan mengejar pemandu itu dengan membawa senjata kayu serta besi, menyebabkan dia melarikan diri bersama van jenazah terbabit.

van jenazah

Gambar hiasan

 

Nazir masjid suruh hantar baiki

Semakan polis juga mendapati tiada sebarang laporan kes pecah rumah atau kecurian van jenazah dilaporkan dan nazir sebuah masjid iaitu berusia 45 tahun juga telah mengesahkan dia menyerahkan van kepada pengadu untuk dibaiki.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (ugutan jenayah) dan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia Malaysia (AKMM) 1998 bersabit dengan video tular yang mendatangkan kegusaran kepada orang lain.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

dibelasah orang awam
7 months ago

Dikejar Orang Awam Lepas Langgar 'Food Rider', Pemandu Saga Ditarik Keluar Kereta & Dipukul Hingga Maut

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...