Van Bawa Mayat Hangus Terbakar

Trending

Van Bawa Mayat Hangus Terbakar

Sebuah van dan keranda yang membawa mayat hangus terbakar di persimpangan lampu isyarat, jalan Pintu Pong Kota Bharu.

Bagaimanapun dalam kejadian 9.30 pagi itu, mayat lelaki berbangsa Cina yang berusia 41 tahun di dalam keranda itu tidak terbakar walaupun kenderaan dan keranda itu terbakar hampir 100 peratus.

Advertisement

Kejadian itu dikatakan berlaku ketika van berkenaan singgah di sebuah kedai untuk membuat salinan dokumen si mati tersebut.

Secara tiba-tiba api marak dibahagian belakang van tanpa diketahui punca.

Van tersebut dari bilik mayat Hospital Raja Perempuan Zainab II menuju ke Wat Ariyakiri, Pauh Lima Bachok.

Menurut saksi kejadian, kebakaran itu berlaku dengan pantas sehinggakan pemandu van dan orang ramai tidak dapat selamatkan keranda tersebut. Beberapa minit kemudian, anggota bomba tiba memadamkan kebakaran.

Pemandunya tidak mengalami sebarang kecederaan. Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan

Sumber : harian metro

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...