Valentine Day Hanya Untuk Yang Bukan Islam, Yang Islam Sila Sambut Maulidur Rasul

Hiburan

Valentine Day Hanya Untuk Yang Bukan Islam, Yang Islam Sila Sambut Maulidur Rasul

valentine day haram

Abang Nara bukanlah pandai sangat bab-bab agama nie. Tapi bab Valentine Day nie, memang dah jelas dan terang ada fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan disokong oleh semua Majlis Fatwa negeri. Hukumnya ialah HARAM menyambut Valentine Day. Selaku orang yang kurang didikan agama, Abang Nara terima sepenuhnya apa yang difatwakan oleh mufti-mufti kita. Takkanlah sebagai orang biasa Abang Nara nak pertikaikan fatwa yang dikeluarkan ye?

Advertisement

So kalau anda seorang Islam, silalah jangan sambut Valentine Day. Kalau anda bukan orang Islam, suka hatilah anda nak buat apa. Nak buat romantic dinner ke, nak beli hadiah ke atau nak berasmara dana dipersilakan sekiranya anda BUKAN orang Islam. Kalau orang Islam, silalah ikut fatwa yang telah dikeluarkan. Tak gitu?

Tapi kepada anda yang beragama Islam, jangan risau sebab ada 364 hari lagi untuk anda menunjukkan kasih sayang anda kepada orang yang tercinta. Tak payah nak tunggu Valentine Day. Jangan pulak selepas 9 bulan daripada Valentine Day esok, banyak cerita janin, bayi tepi longkang dan macam-macam lagilah. Kononnya nak membuktikan cinta yang sejati di hari Valentine. Poyo tak hengat.

So kesimpulannya, esok hari Valentine jangan sambut. Tapi hari Selasa hari Maulidur Rasul jangan lupa pulak. Semua orang kecoh pasal Valentine Day sampai hari kelahiran Nabi terlupa pulak. Sekian pesanan khidmat masyarakat daripada Abang Nara di BeautifulNara.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...