“Vaksin Yang Disuntik Dalam Badan Tiada Tarikh Luput” – Dr Malar Tepis Dakwaan Antivaksin

Kehidupan

“Vaksin Yang Disuntik Dalam Badan Tiada Tarikh Luput” – Dr Malar Tepis Dakwaan Antivaksin

Kecoh di media sosial baru-baru ini mengenai dakwaan antivaksin di mana mereka mengatakan vaksin yang telah disuntik ke dalam badan manusia mempunyai tarikh luput.

Sehubungan dengan itu,  Dr. Malar Santhi Santherasegapan menerusi laman Facebook Celoteh Dr. Malar berasa terpanggil untuk tampil membuat penjelasan dari segi sains dan perubatan.

Advertisement

 

Ujar Dr. Malar, hanya vaksin yang belum disuntik dalam badan sahaja yang mempunyai tarikh luput dan perlu digunakan sebelum tarikh yang tertera di botol.

Maksud sebenar tarikh luput adalah ‘best before’ atau guna sebelum, sebagai contoh jika tarikh luputnya pada 1 Januari 2022, kena guna atau suntik dalam badan sebelum tarikh itu.

Selepas tarikh itu sudah tak boleh suntik. Tetapi bila sudah ada dalam badan vaksin itu tidak akan luput pada tarikh berkenaan.

Tambahnya lagi, kesemua produk yang dihasilkan tidak kiralah barang makanan malah ubat sekalipun mempunyai tarikh luput masing-masing.

Dan apabila berada dalam badan, semua produk itu tidak lagi mempunyai tarikh luput, sama juga seperti vaksin.

“Tarikh luput atau ‘best before’ hanya ada bagi produk yang belum digunakan (sebelum masuk dalam badan). Apabila berada dalam badan ia sudah tidak ada tarikh luput.” katanya lagi.

3 years ago

Wanita Nak Saman KJ & KKM Sebab Suami Senyap-Senyap Bawa Anak Pergi Suntik Vaksin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...