“Vaksin Sangat Membantu Kurangkan Simptom” – Daiyan Trisha Kongsi Pasca Sembuh COVID19

Hiburan

“Vaksin Sangat Membantu Kurangkan Simptom” – Daiyan Trisha Kongsi Pasca Sembuh COVID19

Penyanyi dan pelakon, Daiyan Trisha berkongsi pengalaman dijangkiti virus maut Covid-19 pada awal Disember lalu selepas 10 hari menjalani kuarantin kendiri di rumah.

Daiyan atau nama lengkapnya Daiyan Trisha Mohd Nasarudin berkata, dia tidak mengalami gejala yang teruk seperti kehilangan deria rasa.

Advertisement

Namun, menurut Daiyan, 28, selepas bebas daripada virus berkenaan dia kerap berasa mengantuk dan haus.

Alhamdulillah saya pun tak ada hilang deria rasa cuma ada la sakit tekak dan sakit kepala. Lepas dah bebas Covid, kesannya saya cepat mengantuk dan cepat rasa haus.

Terdahulu, penyanyi lagu Penat itu mendedahkan dia disahkan positif Covid-19 yang dipercayai dijangkiti daripada beberapa kru produksi drama.

Orang kata memang dua minggu dalam proses nak sembuh. Vaksin juga sangat membantu mengurangkan simptom.

Dalam pada itu, Daiyan turut bersyukur apabila tiada lagi masyarakat yang bersikap skeptikal untuk berada dekat dengan bekas pesakit Covid-19 dan mula menerima kehidupan norma baharu ini.

Baca: Positif COVID-19, Daiyan Trisha Mohon Maaf Kepada Kontak Rapat, Mohon Jalani Ujian Calitan Segera

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...