Vaksin Kanak-Kanak Tidak Wajib, Tiada Sekatan Dikenakan Jika Tak Ambil – KJ

Berita

Vaksin Kanak-Kanak Tidak Wajib, Tiada Sekatan Dikenakan Jika Tak Ambil – KJ

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa tiada sekatan tidak akan dikenakan terhadap kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun yang tidak mengambil vaksin COVID-19.

Jelas Khairy lagi, golongan ini tidak akan disekat seperti golongan dewasa yang enggan divaksin kerana Program Imunisasi COVID-19 kanak-kanak (PICKids) adalah tidak wajib.

Advertisement

 

Vaksinasi kanak-kanakSumber : Google  

 

Walau bagaimanapun, ibu bapa adalah digalakkan untuk mendaftar anak-anak mereka di aplikasi MySejahtera (MySJ) bagi melindungi mereka daripada COVID-19.

Perkara itu dimaklumkan Khairy menerusi sebuah hantaran di media sosial Twitter miliknya, baru-baru ini.

Terdahulu, sistem tempahan janji temu pemberian vaksinasi kanak-kanak melalui MySJ akan dibuka pada akhir bulan ini bermula di kawasan Lembah Klang terlebih dahulu.

Menerusi inisiatif itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan sasaran 70 peratus untuk kanak-kanak lima hingga bawah 12 tahun dalam sistem pendidikan agar diberikan satu dos vaksin Pfizer (kanak-kank) dalam tempoh dua bulan dari tarikh program itu dilancarkan dan 80 peratus akan menerima dos lengkap dalam tempoh enam bulan.

Setakat ini, KKM telah menyekat beberapa aktiviti golongan yang enggan divaksin seperti kebenaran makan di restoran.

Dr Malar celoteh vaksin tiada tarikh luput
3 years ago

"Vaksin Yang Disuntik Dalam Badan Tiada Tarikh Luput" - Dr Malar Tepis Dakwaan Antivaksin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...