“Vaksin Johnson & Johnson Menggunakan Kaedah Satu Dos Dan Ia Sangat Menarik Untuk Digunakan” – Dr Adham Baba

COVID-19

“Vaksin Johnson & Johnson Menggunakan Kaedah Satu Dos Dan Ia Sangat Menarik Untuk Digunakan” – Dr Adham Baba

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata Malaysia tertarik dengan vaksin Covid-19 keluaran Johnson & Johnson berikutan penerima hanya memerlukan satu dos.

“Vaksin Johnson & Johnson menggunakan kaedah satu dos dan ia sangat menarik untuk digunakan”.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima sumbangan 2.7 juta picagari jenis low dead-volume bernilai RM891,000 daripada Etiqa Family Takaful Berhad pada Khamis lalu di kementeriannya.

Advertisement

Kesemua picagari yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang bermula pada 26 Februari di mana ia melibatkan anggaran 500,000 petugas barisan hadapan.

Dr Adham Baba

Sementara itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi iaitu Khairy Jamaluddin berkata kerajaan akan menandatangani kontrak pemerolehan vaksin Covid-19 Johnson & Johnson dalam masa singkat dari Amerika Syarikat.

Beliau menjelaskan makluman klinikal mengenai vaksin itu amat positif dan jemaah menteri di mana ianya berdasarkan syor Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) membuat keputusan untuk membeli vaksin berkenaan.

Selain itu, Dr Adham berkata, kerajaan masih belum menentukan jumlah vaksin yang akan diperoleh daripada Johnson & Johnson.

“Setakat ini kita masih belum dapat terma-terma, namun rundingan dibuat dan kita tengah tunggu beberapa tindakan daripada pihak pengeluar khusus untuk kita dapatkan maklumat teknikal dan dosir vaksin tersebut”.

“Sumbangan ini setidak-tidaknya dapat membantu usaha-usaha kerajaan Malaysia dalam menangani pandemik Covid-19 di negara ini selain menjadi contoh yang baik kepada syarikat-syarikat korporat yang boleh turut sama dalam membantu kerajaan”.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menerima suntikan vaksin itu pada hari pertama pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan fasa pertama yang bermula 26 Februari ini bersama barisan petugas hadapan.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...