Vaksin Fasa Pertama Bakal Tiba, Persiapan Akhir Berjalan Lancar – COVID-19

COVID-19

Vaksin Fasa Pertama Bakal Tiba, Persiapan Akhir Berjalan Lancar – COVID-19

Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk bekalan suntikan pertama vaksin akan tiba di Malaysia dan persiapan akhir untuk menerima bekalan vaksin Covid-19 berjalan lancar dari syarikat farmaseutikal Pfizer-BioNTech.

Datuk Dr Hishamshah Mohd Ibrahim selaku Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal), Kementerian Kesihatan berkata, persiapan yang teliti termasuk sesi latihan di mana ia merangkumi proses penghantaran vaksin ke fasiliti penyimpanan dan ke negeri lain juga berjalan seperti yang dirancang.

Advertisement

Tambahan, beliau juga berkata petugas kesihatan yang terbabit dalam prosedur suntikan turut diberikan latihan secukupnya.

vaksin Covid-19

“Melalui ‘dry-run’ (latihan) ini, kita dapat kenal pasti masalah yang dihadapi dan penyelesaiannya. Pada hari ketibaan vaksin itu nanti, semuanya diharapkan akan berjalan dengan lancar”.

Beliau berkata bahagian perolehan Kementerian Kesihatan juga mendapat bekalan sebanyak 55 peti penyejuk beku untuk menyimpan vaksin dan ditempatkan di pusat-pusat simpanan vaksin yang dikenal pasti.

Untuk memastikan vaksin berkenaan disimpan dengan baik, persiapan logistik Kementerian Kesihatan juga sudah bersedia sepenuhnya menerusi atur gerak yang dilaksanakan Bahagian Perkhidmatan Farmasi.

Sementara itu, peti simpanan suhu ultra rendah yang sedia ada turut ditempatkan di kemudahan penyimpanan vaksin Kementerian Kesihatan dan kemudahan Angkatan Tentera Malaysia sebagai tambahan untuk peti penyimpanan vaksin.

Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa lalu, mengumumkan Malaysia akan menerima vaksin pertama Pfizer-BioNTech dan pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan fasa pertama akan bermula pada 26 Februari.

Sumber

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...