Vaksin Covid-19 Tiada Mikrocip Dan Tidak Beri Kesan Jangka Panjang – Dr Rohaizat

COVID-19

Vaksin Covid-19 Tiada Mikrocip Dan Tidak Beri Kesan Jangka Panjang – Dr Rohaizat

Bekas Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr Rohaizat Yon berkata, vaksin COVID-19 adalah selamat dan tidak mengandungi mikrocip yang akan mengawal minda manusia.

Menjawab persoalan berhubung teori konspirasi yang mendakwa vaksin berkenaan mengandungi mikrocip, Dr Rohaizat berkata, kaedah Messenger RNA (mRNA) yang digunakan dalam penghasilan vaksin sudah terbukti selamat dan berkesan.

Advertisement

“mRNA adalah sangat kecil, kita tidak boleh memasukkan mikrocip di dalamnya dan juga ia tidak berinteraksi dengan genom manusia,” katanya dalam rancangan Bernama TV’s Mid-day Update dikendalikan Jessy Chahal, hari ini.

Justeru, beliau menggesa masyarakat mempercayai mesej rasmi atau maklumat daripada laman rasmi kerajaan dan kajian literatur yang boleh dipercayai berkaitan vaksin.

Katanya, orang ramai boleh merujuk kepada Buku Panduan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang mengandungi maklumat termasuk jenis vaksin COVID-19 digunakan kerajaan, kemudahan penyimpanan vaksin dan pandangan sudut keagamaan mengenai panduan vaksin dan imunisasi.

“Buku panduan itu dilancarkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini”

Dr Rohaizat berkata, vaksin COVID-19 tidak akan menyebabkan kesan sampingan berbahaya jangka panjang terhadap kesihatan.

“Setakat ini, kajian dari negara lain menunjukkan vaksin ini selamat. Sepanjang yang kita ketahui, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Singapura mendahului kita (pelaksanaan program imunisasi), jadi Malaysia boleh mempelajari serta mengkaji semula prestasi, kekurangan dan pencapaian mereka”

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...