Vaksin Covid-19 Percuma Kepada Rakyat & Bukan Warganegara

COVID-19

Vaksin Covid-19 Percuma Kepada Rakyat & Bukan Warganegara

Bermula penghujung bulan ini, pemberian vaksin secara percuma akan diberikan kepada rakyat termasuk bukan warganegara. Memetik laporan Astro Awani, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) dalam satu kenyataan berkata, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan turut melibatkan semua golongan bukan warganegara yang menetap di Malaysia.

Sekadar gambar hiasan

Usaha tersebut dilakukan selari dengan tema program iaitu ‘Lindung Diri, Lindung Semua’ serta menerusi pendekatan ‘tiada yang selamat, sehingga semua adalah selamat’. Katanya lagi, pemberian vaksin secara percuma diputuskan selepas mengambil kira faktor-faktor berikut;

Advertisement

1- Persekitaran selamat serta bebas COVID-19 hanya boleh dicapai apabila seramai mungkin penduduk Malaysia diberikan vaksin.

2- Dalam tempoh pandemik, pemberian vaksin adalah langkah berperikemanusiaan.

3- Rekod jumlah pesakit yang ramai menerusi kluster yang wujud daripada pekerja asing (sektor perladangan, pembinaan dan pembuatan.

4- Kos rawatan dan kuarantin pesakit COVID-19 yang tinggi akibat daripada jangkitan kepada kluster pekerja asing.

5- Pekerja asing yang telah menjadi sebahagian daripada komuniti masyarakat dan turut menyumbang kepada ekonomi negara.

6- Layanan oleh sebahagian negara luar yang turut memberikan vaksin kepada warganegara Malaysia yang berada di negara tersebut.

Walau bagaimanapun, keutamaan adalah kepada warganegara terlebih dahulu.

“Keputusan pemberian secara percuma ini juga dibuat memandangkan akses bekalan vaksin yang diperolehi adalah mencukupi serta melebihi jumlah warganegara yang layak menerimanya.

Ia juga selari dengan pendirian kerajaan untuk memberi vaksin kepada seramai mungkin populasi di Malaysia bagi membolehkan imuniti kelompok dapat dibentuk dalam usaha membendung pandemik COVID-19.”

Tambahnya, maklumat lanjut dan jadual pemberian vaksin untuk bukan warganegara akan diumum kelak.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...