Vaksin COVID-19 Keluaran Bill Gates Mungkin Akan Siap Sepenuhnya Dalam Masa 12 Bulan Ini

COVID-19

Vaksin COVID-19 Keluaran Bill Gates Mungkin Akan Siap Sepenuhnya Dalam Masa 12 Bulan Ini

Hartawan terkemuka, Bill Gates telah membiayai pengeluaran tujuh vaksin yang dilihat mempunyai harapan paling cerah untuk berjaya ketika beliau menumpukan kerja amalnya kepada COVID-19. Beliau sememangnya terkenal dengan kerja amal yang dilakukan menerusi yayasan Bill & Melinda Gates Foundation miliknya.

Di dalam satu temu bual bersama program TV ‘Fareed Zakaria GPS’ di CNN baru-baru ini, beliau memberitahu sekiranya segalanya berjalan dengan lancar mereka akan membuat pengeluaran berskala besar dalam tempoh setahun ini.

Advertisement

Sebelum ini beliau dilaporkan bersedia untuk melabur sebanyak $250 juta (RM1.09 bilion) untuk penghasilan vaksin bagi wabak COVID-19.

vaksinWalaupun dijanjikan dalam tempoh 12 bulan ini, Bill Gates tidak menolak kemungkinan ianya boleh mencecah selama dua tahun sekiranya perlukan masa yang lebih. Beliau yang merupakan antara individu terkaya di dunia itu mengatakan pengeluaran vaksin mungkin tidak dapat bermula pada September, seperti yang diperkatakan oleh beberapa pihak.

“Dr Fauci dan saya konsisten untuk mengatakan bahawa 18 bulan (tempoh untuk menghasilkan vaksin), supaya tidak mewujudkan harapan yang terlalu tinggi.”

anthony fauci

Dr Anthony Fauci

Untuk makluman, Anthony Fauci merupakan pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Nasional dan anggota pasukan petugas coronavirus Rumah Putih. Di Amerika Syarikat, ketersediaan ujian untuk coronavirus telah menjadi masalah selama berbulan-bulan lamanya.

Bill Gates sebelum ini pernah menggemparkan ramai apabila mendedahkan mengenai kehadiran wabak ini seawal tahun 2015 lagi. Pada tahun 2015, beliau menjangkakan kehadiran pandemik ini berdasarkan kepada kitaran setiap 100 tahun sekali dimana dunia turut diserang dengan pandemik pada tahun 1820 dan 1920.

Artikel berkaitan: Wabak COVID-19 Diramalkan Berakhir Menurut Kajian Universiti Di Singapura

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...