July 8th, 2015

Nama Shah Jaszle satu ketika dahulu memang cukup hebat. Sebelum kontroversi yang melanda dirinya (khalwat, putus tunang), ramai yang mengidamkan Shah Jaszle sebagai teman lelaki idaman mereka. Muka pun hensem, berlakon pun pandai. Namun saham serta popularitinya jatuh merudum seperti mata wang Malaysia selepas ditangkap khalwat sedangkan sudah bertunang ketika itu.

shah jaszle

Sudah pun berkahwin secara senyap-senyap dengan dihadiri keluarga terdekat sahaja pada 1 Mei lalu, Shah Jaszle kini muncul mewarnai dunia hiburan selepas 2 tahun menghilangkan diri. Dalam tempoh menyepikan diri itu, Shah Jaszle telah pergi mencari diri sendiri dan mahu para peminat melupakan kontroversi khalwat yang pernah melanda dirinya. Kata Shah Jaszle:-

Terlebih dahulu, saya mahu memohon maaf jika ada yang mencari saya. Bukan apa, dua tahun kebelakangan ini saya terpaksa berhenti menerima tawaran berlakon. Niat saya hanya satu, membawa diri jauh daripada segala kontroversi. Memang sakit bila ramai yang menghentam saya macam-macam selepas ditangkap khalwat. Kehilangan saya itu hanya sementara. Saya pergi mencari kekurangan diri.

Bukan (takut disoal kes khalwat). Saya buat semua ni kerana nasihat ibu dan arwah ayah. Ibu berkata, apabila semakin banyak saya muncul dalam mana-mana drama atau filem, maka semakin ramailah yang mencari kesalahan saya. Baik saya senyap jika tidak mahu dihentam lebih teruk.

shah jaszle

Untuk makluman, kes khalwat Shah Jaszle masih lagi dibicarakan. Pelakon ini masih berpegang kukuh bahawa dirinya tidak bersalah di dalam hal ini dan yakin kebenaran akan terbukti jua satu hari nanti. Kata Shah Jaszle lagi:-

Kes itu masih berjalan sekarang. Sudah dua tahun berlalu, bila sampai masa nanti saya akan buktikan diri tidak bersalah.

Tidak semua (kontroversi timbul berpunca darinya). Saya tidak perlu risau kerana keluarga tahu siapa diri saya. Sebab itu, saya pilih jalan yang terbaik dengan berdiam diri apabila ditanya tentang isu khalwat. Saya tidak mahu membawa mulut kerana kata-kata itu nanti akhirnya akan memakan diri sendiri.

Selama dihujani dengan kritikan dan cercaan orang, saya sudah banyak berkorban maruah. Malu semuanya saya tanggung.

shah jaszle

Mungkin Shah Jaszle tahu sesuatu yang kita tidak ketahui dan menyebabkan dirinya begitu yakin sekali. Apa pun, semoga kemunculan semula Shah Jaszle akan disambut baik oleh semua pihak. Memang sukar nak lupakan kontroversi yang pernah melanda dirinya. Hanya ada satu cara sahaja iaitu terus menerus berlakon sebaik mungkin sehingga para peminat bercakap hanya tentang bakat anda sahaja. Sumber Utusan.


Comments are closed.

Loading...