UUM Kedah Tutup Kampus Selepas Pelajar Dari Sabah Disahkan Positif COVID-19

Trending

UUM Kedah Tutup Kampus Selepas Pelajar Dari Sabah Disahkan Positif COVID-19

Berikutan seorang pelajar yang baru pulang dari Sabah dikesan positif COVID-19, Universiti Utara Malaysia (UUM) menutup kampus utamanya di Sintok, Kedah berkuat kuasa serta merta sejak malam tadi.

Menurut Naib Canselor UUM, Prof Datuk Dr Ahmad Bashawir Abdul Ghani, pelajar berkenaan sebelum ini tiba di kampus lebih awal selepas terbabit dalam latihan Pegawai Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES).

Advertisement

“Kami memberi kerjasama sepenuhnya dan akan ikuti semua SOP (prosedur operasi standard) yang disyorkan oleh KKM, NADMA (Agensi Pengurusan Bencana Negara) termasuk langkah kuarantin wajib yang perlu kepada semua individu yang terbabit,” katanya.

Dedahnya lagi, semua pelajar baharu yang mahu mendaftar tidak dibenarkan memasuki kampus sebaliknya melakukan pendaftaran dalam talian.

“Sesi pembelajaran pun kita akan laksana dalam talian. Tidak ada yang dibenarkan untuk pulang ke kampus. Selepas semua reda dan terkawal baru kita akan maklumkan semula kepada pelajar bila tarikh kemasukan ke kampus dibenarkan,” tambahnya.

Untuk rekood, pelajar tersebut khabarnya tiba di UUM pada 20 September lalu, iaitu sebelum kerajaan mengeluarkan arahan mewajibkan semua individu yang baru pulang dari Sabah menjalani ujian calitan sebaik tiba dan kuarantin diri di kediaman masing-masing.

Sumber: Berita Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...