Utusan, Kosmo Henti Operasi Minggu Ini, Edaran Terakhir Pada Hari Rabu

Trending

Utusan, Kosmo Henti Operasi Minggu Ini, Edaran Terakhir Pada Hari Rabu

Syarikat akhbar tertua di negara iaitu Utusan Melayu (M) Berhad akan menghentikan cetakan dua akhbarnya, Utusan Malaysia dan Kosmo! dengan edaran terakhir pada Rabu ini menurut beberapa sumber syarikat tersebut.

Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) Utusan Melayu, Mohd Taufik Razak berkata beliau dimaklumkan tentang perkara itu oleh rakan-rakannya.

Advertisement

“Hari terakhir kami bekerja Rabu ini. Selepas itu, kami akan tutup. Tidak ada lagi operasi.”

Hari ini lebih 300 kakitangan, termasuk bekas pekerja skim pemisahan sukarela (VSS) berpiket di Ibu Pejabat Utusan Melayu (M) Berhad di Kuala Lumpur, bagi menuntut gaji mereka yang didakwa tidak dibayar selama tiga bulan.

Difahamkan, pihak Kumpulan Utusan menanggung kerugian sehingga RM3 juta sebulan sejak dua tahun lalu.

Setakat ini pihak Utusan belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan status operasi mereka.

Sumber Berita : The Malaysia Insight & Malay Mail

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...