Utusan Dan Kosmo! Akan Terus Beroperasi Tetapi Harga Akhbar Terpaksa Dinaikkan

Trending

Utusan Dan Kosmo! Akan Terus Beroperasi Tetapi Harga Akhbar Terpaksa Dinaikkan

Sebelum ini, syarikat penerbitan akhbar tertua di Malaysia Utusan Melayu Berhad dilaporkan akan berhenti beroperasi dengan edaran terakhir hari ini. Namun, menerusi sidang media yang dilakukan semalam, syarikat tersebut akan meneruskan penerbitan akhbar mereka biarpun dilanda kemelut kewangan.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Datuk Abd. Aziz Sheikh Fadzir berkata syarikat itu bagaimanapun terpaksa menaikkan harga kedua-dua akhbar itu, masing-masing sebanyak 50 sen bagi mengurangkan beban kos operasi yang ditanggung ketika ini.

Advertisement

Berkuatkuasa pada Jumaat ini, harga akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! akan dinaikkan kepada RM2 dan RM1.50 daripada RM1.50 dan RM1 sebelum ini. 

surah khabar utusan malaysia

Kredit: AFP

“Daripada peningkatan ini dan berdasarkan anggaran akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! masing-masing terjual sebanyak 50,000 dan 100,000 naskhah sehari, kita jangka ia akan menyumbang kira-kira RM2.3 juta sebulan kepada Utusan.”

Beliau juga mengakui Kumpulan Utusan sebelum ini banyak dibantu UMNO, namun selepas kekalahan parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) syarikat penerbitan akhbar itu kembali kepada realiti model perniagaan media.

Berdasarkan kepada laporan terakhir kepada Bursa, syarikat tersebut mengalami kerugian sebanyak RM3 juta setiap bulan. Namun hasil jualan akhbar ini dijangka mengurangkan defisit tersebut kepada RM750,000 sebulan.

Sidang media itu dilakukan susulan pertemuan pengurusan Utusan Melayu bersama 800 kakitangan mereka bagi membincangkan masalah syarikat itu terutamanya isu tunggakan gaji.

Sebelum ini gempar apabila Utusan Melayu dan Kosmo! dilaporkan akan menerbitkan edaran terakhir mereka hari ini (Rabu). Berikutan insiden itu, ramai pihak yang cuba tampil membantu kakitangan yang kehilangan sumber pendapatan mereka.

Sumber: Berita Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...