Usul Kerajaan Menukar Yang Dipertua Dewan Rakyat Menerima Tentangan

Trending

Usul Kerajaan Menukar Yang Dipertua Dewan Rakyat Menerima Tentangan

Tan Sri Muhyiddin Yassin mengusulkan supaya Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusoff mengosongkan jawatannya. Berdasarkan rekod, ini adalah kali pertama usul sebegini dikemukakan di dalam persidangan Dewan Rakyat.

Perdana Menteri berkata, ketetapan itu perlu dibuat atas alasan terdapat pencalonan lain bagi jawatan terbabit. Timbalan Yang Dipertua, Datuk Mohd Rashid Hasnon menyatakan usul itu akan dibahaskan dan memberi peluang kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berbahas selama 10 minit.

Advertisement

Tetapi Dewan menjadi kecoh apabila beberapa wakil pembangkang mempersoalkan keperluan untuk Mohamad Ariff diganti. Usul kerajaan untuk Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof mengosongkan jawatannya sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat mendapat tentangan hebat dari pihak pembangkang.

“Saya cadangkan, jangan ambil keputusan pantas dan gopoh untuk halang Ahli Parlimen membahaskan usul ini. Ini soal besar, bukan soal teknikal.”

Kenyataan tersebut diberikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Port Dickson) yang dilihat segera berdiri mempersoalkan usul yang dikemukakan Perdana Menteri itu. Bukan sahaja Anwar Ibrahim, malah Gobind Singh Deo (DAP-Shah Alam) turut mempersoalkan usul tersebut.

dewan rakyat

Menurutnya usul tersebut dikatakan bercanggah dengan Peraturan Mesyuarat 4(1) Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat. Bagaimanapun, usul yang dikemukakan Perdana Menteri itu dibuat di bawah Perkara 57 (2) (c) Perlembagaan Persekutuan.

Yang mana memperuntukkan Yang DiPertua boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya melalui surat yang ditandatangani sendiri olehnya yang ditujukan kepada Setiausaha Dewan Rakyat dan hendaklah mengosongkan jawatannya jika pada bila-bila masa Dewan Rakyat membuat ketetapan sedemikian.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...