Pendakwah bebas terkenal, Ustazah Asni Mansor, berkongsi berita gembira mengenai perkahwinannya menerusi satu hantaran terbaharu di Instagram yang mencuri perhatian ramai pengikutnya.
Dalam perkongsian tersebut, Ustazah Asni memuat naik beberapa foto indah bersama suami, termasuk gambar mereka berdua mengenakan pakaian tradisional Melayu berwarna biru sambil duduk di atas pelamin, lengkap dengan senyuman bahagia.
Sambil berkongsi berita itu, beliau turut meluahkan rasa syukur dan reda dengan jodoh yang telah ditentukan oleh Allah SWT.
Ada ketentuan yang tertulis, ada takdir yang terlukis. Sakinah, mawaddah, wa rahmah.
Secara sah saya zaujah (isteri) kepada Mounir Abdul Kareem Kaddoura. Suami saya Palestin, warga Amerika Syarikat.
Perkongsian berkenaan segera dihujani ucapan tahniah dan doa kebahagiaan daripada rakan-rakan selebriti serta para pengikut yang tumpang gembira atas berita pernikahan itu.
Untuk rekod, Ustazah Asni sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Mohd Nasir Rustam Al Hafiz, namun perkahwinan tersebut berakhir dengan penceraian.
Hasil daripada perkahwinan terdahulu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata — Yasmin Sofea, Muhammad Adam Shauqi, Mariam Hani, dan Muhammad Naufal Kholili.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
”