Ustazah Asma’ Harun Puji Sikap Tenang Sasha Aziz Berhubung Isu Rawatan Pemutihan Kemaluan – “Saya Kagum..”

Kehidupan

Ustazah Asma’ Harun Puji Sikap Tenang Sasha Aziz Berhubung Isu Rawatan Pemutihan Kemaluan – “Saya Kagum..”

Reaksi tenang dan berlapang dada yang ditunjukkan oleh usahawan, Sasha Abdul Aziz, selepas ditegur berhubung tindakannya melakukan rawatan laser pada bahagian kemaluan telah mendapat pujian daripada pendakwah terkenal, Ustazah Asma Harun.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Asma menyifatkan pendekatan Sasha yang tidak melatah, sebaliknya memilih untuk mendengar serta memperbetulkan keadaan sebagai satu cerminan kematangan dan kekuatan peribadi.

Advertisement

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Sasha dengan respon yang sangat profesional, tenang serta menunjukkan bahawa Sasha seorang wanita yang matang, kuat, sangat terbuka dan berlapang dada.”

“Saya sendiri rasa kagum dan merasakan saya perlu menunjukkan penghargaan ini.”

Dalam masa sama, Asma turut membacakan sebahagian kenyataan Sasha yang menjelaskan niat asalnya berkongsi pengalaman menjalani rawatan tersebut tanpa menyedari implikasi hukum berkaitan.

“Saya (Sasha) mengerti bahawa topik ini mungkin agak sensitif kerana orang ramai memiliki pendapat dan kepercayaan yang berbeza.”

“Saya berkongsi perjalanan sebagai seorang ibu yang bercakap secara jujur tentang kesihatan wanita. Selepas saya memberikan penjelasan bahawa rawatan ini disifatkan sebagai haram, barulah tahu.”

Menurut Asma, pengakuan itu perlu difahami dalam konteks kejahilan yang tidak disengajakan dan tidak seharusnya dijadikan alasan untuk mengecam secara berlebihan.

Mengulas aspek hukum, Asma turut menjelaskan bahawa Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan telah memperincikan isu berkaitan rawatan mengetatkan atau mencerahkan bahagian kemaluan wanita.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Isa Isarb
2026-01-26 10:53:03

"Hidup Beristeri Ini Sebenarnya 'Semak' Tapi.." - Isa Isarb

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...