Ustazah Asma’ Harun Naik Loya Tengok Dialog ‘Soft P*rn’ Uqasha Dan Zul Ariffin Dalam Drama Bisik Asmara

Hiburan

Ustazah Asma’ Harun Naik Loya Tengok Dialog ‘Soft P*rn’ Uqasha Dan Zul Ariffin Dalam Drama Bisik Asmara

Drama tempatan, Bisik Asmara, yang dibintangi Uqasha Senrose dan Zul Ariffin, menerima kecaman gara-gara dialog yang berunsur ‘soft porn’.

Mana taknya, dialog seperti “Makan you je lah” dan aksi-aksi berani dalam drama tersebut dikatakan tidak sesuai apatah lagi sedang menuju ke bulan Ramadan.

Advertisement

ustazah asma harun

Isu ini turut menerima teguran daripada pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun. Ustazah Asma’ menyifatkan drama berkenaan seakan-akan mempromosikan unsur ‘soft porn’ Melayu yang semakin berleluasa dalam media arus perdana.

Walaupun beliau tidak menonton drama itu sepenuhnya, namun sedutan-sedutan pendek yang tular di media sosial sudah cukup membuatkan beliau rasa risau dan muak.

Menurut Ustazah Asma’, tidak jelas apakah mesej sebenar yang ingin dibawa oleh drama tersebut. Beliau mempertikaikan sama ada ia bertujuan untuk mendidik penonton agar tidak curang atau sekadar memberi hiburan murahan yang melalaikan.

Ramai warganet turut bersetuju dengan teguran tersebut dan menyuarakan rasa kecewa dengan hala tuju sesetengah drama tempatan yang semakin berani dan mengetepikan batas agama serta norma masyarakat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

mimie haris
2026-02-12 15:05:05

Penyanyi Dan Pengacara Mimie Haris Umum Bercerai Kali Ketiga - "Tiada Lagi Yang Perlu Diperkatakan"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...