Bukan perkara baru sebenarnya apabila Datuk Seri Aliff Syukri sering berkongsi aset mahupun barangan mewah yang beliau ada di media sosial. Namun, tindakan beliau yang memuat naik video mengira wang yang banyak sehingga ratusan ribu ringgit di atas mejanya baru-baru ini dianggap agak melampau oleh sesetengah netizen.
Malah, seorang ahli ulama Ustaz Ahmad Husam menerusi akaun Facebooknya ada menegur tindakan jutawan kosmetik itu.
Harapnya teguran Ustaz Ahmad itu dapat diterima baik oleh Aliff. Tidak semestinya kita harus menunjuk-nunjuk kemewahan yang ada walaupun dengan tujuan untuk memberikan motivasi untuk orang lain berjaya di luar sana.