“Ustaz Ni Ketat Ke?” – Kena Tegur Pakai Baju Sendat, Bonda Rozita WhatsApp Ustaz Minta Pendapat

Hiburan

“Ustaz Ni Ketat Ke?” – Kena Tegur Pakai Baju Sendat, Bonda Rozita WhatsApp Ustaz Minta Pendapat

Ibu kepada jutawan kosmetik terkenal Datuk Aliff Syukri, Rozita Ibrahim yang juga pengasas jamu Sendayu Tinggi baru-baru ini mencuri tumpuan ramai apabila dia ada memuat naik foto memaparkan dia menggayakan busana merah di Instagram.

Namun perkongsian itu telah mengundang kritikan sesetengah netizen yang merasakan baju yang dipakai Rozita atau lebih mesra disapa sebagai Bonda Rozita itu terlalu ketat dan menjolok mata.

Advertisement

Tidak mendiamkan diri, Rozita kemudiannya memuat naik satu hantaran tangkap layar perbualannya bersama seorang ustaz di mana dia ada bertanyakan mengenai baju yang dipakai itu ketat atau tidak.

Salam ustaz. Ni ketat ke?

Ustaz itu kemudian membalas “Macam okay je” terhadap pertanyaan Rozita itu.

bonda rozita baju ketatSumber : Murai.my  
Bonda rozitaSumber : Murai.my  

Jelas Rozita lagi, dia tidak mampu menjawab semua soalan mahupun memuaskan hati semua orang dan menegaskan baju yang dipakainya tidak ketat, sebaliknya sangat longgar.

Baju saya tak ketat, saya perjelaskan dan mohon maaf kalau saya post ni. Saya reply pun masih ada yang komen kata ketat lagi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Rita Rudaini
2 years ago

"Saya Tak Akan Maafkan" - Katak Hitam Muncul Depan Rumah, Rita Rudaini Jadi Mangsa Ilmu Sihir

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Murai.my

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...