July 18th, 2018

Umum mengetahui penyanyi terkenal, Hael Husaini mempunyai seorang anak angkat perempuan yang cukup comel iaitu Helena.  Hael juga sering memuat naik foto beliau dan anaknya yang cukup beliau sayangi dan manjakan.

Namun, sejak beberapa hari lalu ada netizen yang mula mempersoalkan hukum aurat antara Hael dan anak angkatnya itu apabila kanak-kanak itu dewasa nanti. Pelbagai pendapat yang diutarakan sehingga tercetus sedikit perbalahan di kalangan netizen.

Susulan isu terbabit, seorang penceramah bebas iaitu Ustaz Mohd Safwan Syafiq telah tampil memberikan penerangan yang jelas tentang tentang hukum aurat dan bersentuhan antara Hael dan Helena.

Jika si lelaki itu belum berkahwin dan anak perempuan tersebut tidak disusukan oleh isterinya (jika dia berkhwin selepas itu) sebelum berumur dua tahun (atau pun dalam tempoh dia masih menyusu) sehingga 5 kali kenyang secara berasingan, maka hukum aurat dengan anak tersebut apabila dewasa sama seperti seorang perempuan dengan lelaki asing (bukan mahram).

Namun, jika dia berkahwin selepas itu, hendaklah isterinya menyusukan anak tersebut hingga 5 kali kenyang sebelum umur dua tahun (atau pun tempoh menyusu), maka hukumnya adalah mahram muabbad (selama-selamanya).

Ada pun jika lelaki tersebut tidak berkahwin dalam tempoh anak tersebut masih menyusu, maka susukan dengan adik-beradik bapa angkatnya seperti kakak atau adik perempuan, maka hukum aurat dan sentuhan sama seperti anak saudara dengan bapa saudara. Hukum ketiga ini lebih kepada penyelesaian dan jika isteri, kakak dan adik perempuan tiada susu, dibolehkan ambil suntikan hormon untuk keluarkan susu.

Kami harap dengan penjelasan ini, masyrakat akan lebih memahami tentang aurat antara bapa angkat dan anak angkat perempuannya.  Tidak perlu berbalah lagi ya, malah Hael juga sudah mengatakan beliau sering merujuk ustaz untuk besarkan Helena.

Sumber Berita : mStar Online


37 responses to “Ustaz Jelas Hukum Aurat Hael Husaini Dan Anak Angkat Perempuannya”

  1. faizah CM says:

    korang ingat nak amik anak angkat boleh main pilih2 ke?

  2. WickEd says:

    Ini pun jadi hal rakyat msia…productive nye…dia ambik budak ni mungkin dah tgok kesian bukan kenapa dia tak ambik budak lelaki le apa la…aku rasa dia rasa belas kat budak ni dan mungkin dia dah selidik la hukum hakam ni…

  3. Mercurious says:

    tup2 jodoh la plak..bagus la jaga jodoh sejak dari kecil hihi

  4. anonymous says:

    dah tau kunyit tak leh kawin, ambil lah anak angkat laki tu pun tau ka…bengong

  5. xtau nama says:

    mungkin dah diberi susu oleh kakak or adik hael

Loading...