Ustaz Jawab Hukum ‘Record’ Video Ketika ‘Bersama’ Isteri & Tonton Semula – “Ramai Je Yang Rakam, Tak Mengaku”

Kehidupan

Ustaz Jawab Hukum ‘Record’ Video Ketika ‘Bersama’ Isteri & Tonton Semula – “Ramai Je Yang Rakam, Tak Mengaku”

Video seorang lelaki yang merupakan penceramah dan mempunyai kelulusan dalam Pengajian Islam meraih perhatian ketika dia menjawab satu soalan daripada pengikutnya.

Aizuddin Hamid dikenali dalam kalangan pengikutnya di TikTok dengan konten menjawab persoalan tentang hukum dalam agama Islam.

Advertisement

Namun, satu soalan diajukan seorang individu tidak dikenali ini membuatkan ramai tertanya-tanya mengapa perlu ia dilakukan.

Individu tersebut bertanya tentang hukum merakam video ketika bersetubuh dengan isteri dan menontonnya bersama-sama kemudian.

Jelas Aizuddin, ia tidak haram namun merupakan perbuatan yang sia-sia dan tidak memberikan manfaat apatah lagi risau jika hubungan tersebut tidak kekal lama dan bercerai.

Secara umumnya tidak haram. Tetapi perbuatan yang sia-sia, tidak memberi manfaat dan sebaliknya ditinggalkan. Boleh jadi tiba-tiba bercerai, dendam dan sebarkan.”

@aizuddinhamiid

Dah kenapa suami nak rakam masa berhubungan dengan isteri ????? #aizuddinhamid #fyp #suamiisteri

? original sound – Aizuddin Hamid – Aizuddin Hamid

Tambahnya lagi, video itu juga dikhuatiri dihantar kepada mana-mana individu tanpa sengaja menyebabkan aib suami serta isteri tersebar.

Menerusi ruangan komen, sesetengah netizen akui tidak menjangka ada individu yang berfikir di luar kotak dan bertanyakan soalan sebegitu.

Segelintir dilihat bersetuju dengan jawapan Aizuddin dan berkata ia sememangnya perbuatan yang tiada faedah kerana menyimpan gambar atau video yang tidak elok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Dedah Je Gambar Bogel Aku" - Dr Erin Tak Gentar Diugut Teman Wanita Kekasih Sebar Foto Lucah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...