Pelakon dan pensohor media sosial, Zarina Anjoulie meluahkan rasa kesal apabila ada pihak tidak bertanggungjawab telah menyunting fotonya bersama Ustaz Kazim Elias bagi tujuan politik sempena PRU15 nanti.
Perkara tersebut turut diuar-uarkan Zarina atau lebih mesra disapa sebagai Anju di laman Instagram miliknya untuk tatapan peminat.
Jelas Anju, individu tersebut telah mengambil video lamanya dan menyunting pada wajah pendakwah bebas, Ustaz Kazim Elias.
Anju sangat kesal dengan sikap manusia, ambil video Anju tahun lepas dan edit pada muka Ustaz Kazim.
Video tu video tahun lepas, tiada kena mengena pun dengan Ustaz Kazim, Ustaz Kazim is a really good person as Anju pernah shooting dengan dia.
Kata Anju, perkara itu sudah jatuh hukum fitnah dan akan mengambil tindakan saman sewajarnya oleh peguam yang mewakili pelakon itu.
“Anju dah minta lawyer hantar surat saman pada 3 individu di Facebook, tindakan saman akan diambil.” ujarnya.
Dia juga turut menyertakan bukti video berserta gambar yang disunting itu di hantaran tersebut.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.