Ustaz Ini Terangkan Bagaimana Penipuan ‘Kak Hasanah’ Satu Pendustaan Agama

Trending

Ustaz Ini Terangkan Bagaimana Penipuan ‘Kak Hasanah’ Satu Pendustaan Agama

[vc_row][vc_column][vc_column_text]Sekarang ini sedang viral kes Kak Hasanah dengan cerita rekaannya. Kak Hasanah, yang saya tak kenal dan tak pernah tahu kewujudannya. Tak pernah ikut blognya atau FBnya. Tapi semalam, saya dapat cerita Kak Hasanah naik flight. Cerita yang hebat dan menarik dikongsikan namun akhirnya disedari sebagai satu penipuan atas nama ‘hasanah’. Tujuannya baik, untuk sebarkan kebaikan, jadi dia mencipta cerita tersebut hasil dari imaginasinya.

61154_1488642987541_3637609_n

Advertisement

Pada yang tak tahu, diringkaskan ceritanya, Kak Hasanah ini dalam pesawat dan kebetulan dalam pesawat tersebut ada ‘anak mat saleh’ yang menangis tak berhenti. Kemudian dia ambil anak tersebut dan dibacakan selawat pada ubun-ubun kepalanya hingga akhirnya tertidur. ‘Mat saleh’ tersebut pun kagum dan berulang kali sebut ‘oh my god’.

Nak dijadikan cerita, ada orang yang turut sama naik pesawat tu bagitau yang insiden tu tak betul pun. Dan ‘mat saleh’ tu bukanlah mat saleh seperti yg disangka. Dan akhirnya, bila dah terbongkar satu persatu, Kak Hasanah pun mengaku dia reka cerita tu.

Saya bukan nak aibkan sesiapa, kisah ini pun dah viral. Saya nak kongsi pengajaran yang saya kira penting dalam cerita ni. Saya teringat pada seorang watak dalam lipatan sejarah Islam, iaitu Nuh bin Abi Maryam. Dia mendustakan hadith-hadith fadhilat Al Quran dan tujuannya tak lain hanyalah ‘hasanah’. Untuk kebaikan, untuk menyeru umat manusia membaca Quran, untuk memburu ganjaran pahala. Malangnya, perbuatan tersebut tercela disisi Islam dan dijanjikan neraka bagi mereka yang melakukannya dengan sengaja.

Zaman sekarang, wujud amalan-amalan yang sebati dengan masyarakat yang dilakukan di dalam agama tanpa sebarang sandaran dalil. Ianya perkara baru, perkara yang tercela di dalam agama sebagaimana yang disebut oleh Nabi SAW dalam hadith-hadith yang sahih. Apabila ditegur, banyak yang beralasan, ini perkara baik. Ini bidaah hasanah. Sedangkan ianya satu pendustaan di atas nama agama. Akal manusia menyangka ianya hasanah, sedangkan hakikatnya ianya mungkin sebaliknya.

Cerita Kak Hasanah, andainya tidak terbongkar, akan membuatkan orang menyangka amalan membaca selawat di ubun-ubun anak yang menangis itu baik. Sudah terbukti melalui testimoni hebat Kak Hasanah sendiri. Lalu tersebarlah amalan tersebut. Bahkan mungkin ada yang menyangka itulah sunnah Nabi SAW. Sedangkan ianya rupa-rupanya rekaan Kak Hasanah.

Siapa sangka Kak Hasanah yang berniqab dan berjubah menipu? Eh.. siapa kata tak mungkin? Bahkan, sejarah membuktikan mereka yang berjubah, berserban dan berpakaian agamalah sebenarnya mendustakan agama. Jika ianya datang dari orang awam yang memakai jeans dan singlet, siapa yang mungkin percaya? Tapi jika ianya datang dari agamawan yang berjanggut panjang, apalagi dikatakan berketurunan yang baik-baik, maka segalanya diterima bulat-bulat. Kalau pun cerita dusta, ianya dusta hasanah barangkali.

Yang lebih membimbangkan, apabila “sunnah” ini diamalkan dan akhirnya tidak berhasil seperti yang diharapkan, maka golongan yang skeptikal akan mula mempersoalkan agama. Agama dikambing-hitamkan oleh mereka yang mencari-cari ruang untuk menolak agama itu sendiri. Saya sendiri mempunyai seorang pelajar yang cenderung kepada fahaman atheist, mempersoalkan amalan Islam (yang sebenarnya bidaah) dan mula menolak agama atas alasan tersebut.

Ambillah pengajaran dari kisah ini. Tiada bidaah dalam agama yang hasanah. Kak Hasanah mungkin berniat baik, namun tindakannya menipu itu tetap salah. Amalan bidaah mungkin dianggap baik, namun ianya tercela di sisi agama. Pelaku bidaah tidak diazab kerana beramal, tetapi akan diazab kerana menyelisihi sunnah Nabi Muhammad saw

Sumber: Abu Yusuf Azri[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_facebook][/vc_column][/vc_row]

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...