Ustaz Fathi Naim Dihukum Penjara 15 Tahun & 3 Sebatan, Rog*l & Amang Seksual Budak 13 Tahun

Berita

Ustaz Fathi Naim Dihukum Penjara 15 Tahun & 3 Sebatan, Rog*l & Amang Seksual Budak 13 Tahun

Seorang penceramah bebas dikenali Ustaz Fathi Naim dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas didapati bersalah merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun, empat tahun lepas.

Hakim Noridah Adam menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Fathi Na’im Mazlam selepas mendapati tertuduh gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.

Advertisement

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan satu sebatan bagi setiap pertuduhan dan ketiga-tiga hukuman penjara berjalan serentak bermula hari ini.

hukuman

Tiga pertuduhan, mangsa orang yang sama

Berdasarkan pertuduhan pertama dan kedua, dia didakwa merogol seorang kanak-kanak perempuan yang ketika itu berusia 13 tahun di dalam sebuah kenderaan.

Kenderaan itu diparkir di Dataran Eco World, Bandar Baru Puncak Alam dan kejadian berlaku pada jam 3 dan 7 petang, awal Julai dan 27 Julai 2021.

Bagi dua pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Bagi satu lagi pertuduhan, bapa lapan anak itu didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak sama, di tempat sama pada Jun 2021.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Merayu hukuman ringan

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Nur ‘Ayuni Jamri memohon mahkamah menjatuhkan hukuman penjara maksimum terhadap tertuduh.

Perbuatannya yang sanggup merogol seorang kanak-kanak di bawah umur menunjukkan dia tidak mengendahkan undang-undang dan hukum agama. Dia juga tidak mempunyai sifat ihsan serta belas kasihan terhadap kanak-kanak itu dan sanggup mengambil kesempatan terhadap mangsa.

Tertuduh tidak diwakili peguam dan merayu hukuman ringan atas alasan mempunyai sakit slipped disc selain perlu menanggung tiga isteri serta lapan anak yang masih kecil dan bersekolah.

Mahkamah bagaimanapun menolak rayuan tertuduh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

penceramah bebas ditahan video seks dah ditarik tauliah
2025-07-07 12:38:27

Penceramah Sebar Video S*ks Dengan Isteri: "Tauliah Mengajar Agama Sudah Ditarik & Pernah Ditangkap Tahun Lalu"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...