Sehingga kini, Ustaz Ebit Lew masih tidak henti-henti berkongsi kisah murni yang dilakukannya kepada umum sehingga beliau dilihat tampil menyediakan penginapan secara percuma di sebuah hotel 4 bintang buat waris pesakit dari luar bandar yang datang ke Kuala Lulur untuk mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Menurutnya, penginapan serba mewah yang terletak di Hotel Premiera KL itu akan diberikan buat individu yang benar-benar memerlukan tanpa mengira bangsa serta agama.
Khabar baik itu dikongsi sendiri oleh Ebit menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Facebook miliknya tempoh hari.
“Pohon doakan ya penginapan kasih umat secara percuma pada waris pesakit yang datang ke Kuala Lumpur untuk dapatkan rawatan IJN dan HKL. Kepada yang benar-benar memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama. Penginapan di Hotel Premiera KL. Jika sesiapa benar memerlukan boleh hubungi 01170772380.”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya amat kagum dengan sifat dermawan yang ada dalam dirinya.
AdvertisementHal ini demikian kerana, Ebit kini dianggap sebagai individu yang sentiasa bermurah hati dan tidak berkira dalam menghulurkan bantuan kepada individu yang memerlukan.
Bahkan, beliau juga sentiasa disegani masyarakat kerana tidak leka dalam membantu serta memudahkan sesiapa yang berada dalam kesusahan.
Untuk rekod, hingga saat ini, Ebit amat popular dengan jolokan individu yang murah hati kerana sentiasa menderma dan membantu rakyat Malaysia tidak kira dari segi kewangan mahupun keperluan.
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.1 Comment
Tinggalkan Komen Anda Di Sini
Loading...
tecit
November 30, 2020 at 12:39 pm
terima kasih byk ustaz ebit lew. sentiasa berniat mempermudahkan urusan semua pihak yg berkeperluan.. hanya Allah sajelah yg dpt membalas your good deeds ustaz.. ustaz la hero kami. wakil rakyat yg sebenar. Allahu..