Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Ustaz Ebit Lew Syukur 10,000 Helai Kurta Telah Siap

ustaz ebit lew

Mengakui pernah berdepan pelbagai ujian sebelum ini, pendakwah Ustaz Ebit Lew zahir rasa syukur apabila butik miliknya Elew’s Design mendapat tempahan luar biasa.

ebit lew

Advertisement

Menerusi perkongsian di laman instagramnya, beliau yang tidak putus menerima tempahan daripada pelanggan sejak minggu lalu difahamkan terpaksa mencari seramai 100 orang tukang jahit bagi memenuhi permintaan pelanggan.

Lebih menarik, Ebit juga kini memaklumkan bahawa sebanyak 10,000 helai pakaian kurta telah pun siap untuk dijual kepada pelanggan.

View this post on Instagram

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Advertisement

Menurutnya, jumlah produksi pakaian sebelum ini sudah habis dibeli pelanggan malah beliau juga telah menambah banyak lagi jumlah kurta untuk dijual secara dalam talian.

ebit lew

Ebit yang kelihatan amat syukur itu turut berterima kasih kepada pengikutnya atas segala sokongan yang diberikan.

Tambahnya lagi, berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), pembelian hanya boleh dilakukan secara dalam talian sahaja kerana butiknya ditutup buat sementara waktu.

Selain mendoakan kesejahteraan pendakwah ini agar sentiasa dimurahkan rezeki untuk terus berbakti dalam melakukan kerjanya amalnya, menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya turut gembira dengan berita berkenan dan kelihatan tidak sabra untuk membelinya.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

4 Comments

  1. Roziana Yan

    May 15, 2020 at 8:32 am

    Laaaa baju je kot… Teriba jadi masalah budaya.. Ustadz tu dah sah2 bukan melayu.. Pehal la ko ni..

  2. Intan

    May 14, 2020 at 7:51 pm

    Cari perkara yg lebih bermanfaat utk bergaduh yer..setkt isu kurta or baju melayu ni x bawa manfaat Kat akhirat pun. Beli produk yg Kita tahu keuntungannya terbukti tersebar merata kepada golongan fakir dan miskin, Tak berhenti dalam kocek pengusaha semata, in shaa Allah

  3. kaktus

    May 14, 2020 at 1:03 pm

    laaa apa salahnya pakai kurta…. janji yg memakainya selesa. skrng ni tgk baju melayu pun pakai fit2 ikut badan kekdg smp nmpk puting.. nk support budaya?????

  4. ahmadia

    May 14, 2020 at 10:49 am

    Kenapa kurta? Kenapa tak baju melayu? Kenapa budaya melayu di pinggirkan? Malu sangat ke nak memperketengahkan pakain budaya kita? Tolong la support budaya kita dulu sebelum beli kurta.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top