July 2nd, 2020

Gembira kerana kedatangannya disambut baik oleh penyanyi yang pernah popular dengan lagu Biasan dan Seni Berzaman, To’ Ki, pendakwah terkemuka tanah air, Ustaz Ebit Lew akui sebak sebaik sahaja tiba di tempat tinggal penyanyi tesebut.

ebiit lew toki

Menurut Ebit, penyanyi itu hanya sekadar menginap di sebuah pondok kecil di pinggir hutan di Batu 12 Gombak, Selangor.

“Dari jauh To’ki terus sambut saya dan terus peluk saya. Tak sempat nak cakap apa-apa. Macam dah lama kenal.”

Ustaz Ebit berkongsi pengalaman tersebut menerusi sebuah muat naik di laman Instagramnya.

View this post on Instagram

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Katanya, beliau tidak hadir dengan tangan kosong kerana turut menyumbangkan beberapa kelengkapan asas buat To’ Ki dan isterinya Sharifah Fairuz.

ebiit lew toki

“Insya-Allah akan saya bantu untuk tangki dan water pump air sungai dan bilik air. Saya hadiahkan juga peti ais dan mesin basuh.”

Untuk rekod, To’ Ki dan isteri telah berteduh di pinggiran hutan tersebut sejak dua tahun lalu. Meskpiun dihujani pelbagai persepsi masyarakat mengenai kehidupannya yang seperti serba kekurangan, namun menurutnya, pondok kecil ini seolah sebuah ‘syurga’ buat dirinya dan isteri.

ebit lew toki

Disoal berkenaan sumber pendapatan, penyanyi veteran ini mendedahkan beliau hanya  bergantung pada hasil daripada persembahan di restoran atau majlis kecil, malah berharap nasibnya dalam industri muzik tempatan itu masih ada dalam usaha memperbaiki taraf kehidupannya kini.

Sumber: Gempak


6 responses to “Ustaz Ebit Lew Sebak Lihat Kehidupan Daif To’ki, Hadiahkan Peti Ais Dan Mesin Basuh”

  1. Chohkri Yulis. says:

    Mukin ni pbalasan utk To’ki atas ksilapannya…byk benda x baik dia pnah wat dlu…mmber aku duk dekat area uma dia…byk cerita….semoga ujian ini dterima dpt dihadapi dgn baik…trima kasih kpd yg mberi bantuan. Semoga pkara ni jd ingatan kpd kita semua.

    • Anonymous says:

      Ya Allah aku bersyukur apa yang telah ENGKAU berikan nikmat Dan dugaan kepada ku selama ini. Semoga kita sentiasa beristiqomah. Aamiin Ya Rabaul Alamiin.

  2. feldegast says:

    Ustaz Melayu sibuk komen orang TikTok, komen orang guna apps, komen skirt artis singkat, komen ustaz Cina buat baik tayang kat YouTube, sibuk nak tambah bini sampai empat.

  3. Anonymous says:

    hahahahaha,,, true

  4. Dondang Sayang says:

    Harap kan Ustaz Cina nak tolong.. Ustaz melayu buat apa? Tambah bini dan check jantina sajat

Leave a Reply to Dondang Sayang Cancel reply

Loading...