Ustaz Ebit Lew Sebak Lihat Kehidupan Daif To’ki, Hadiahkan Peti Ais Dan Mesin Basuh

Hiburan

Ustaz Ebit Lew Sebak Lihat Kehidupan Daif To’ki, Hadiahkan Peti Ais Dan Mesin Basuh

Gembira kerana kedatangannya disambut baik oleh penyanyi yang pernah popular dengan lagu Biasan dan Seni Berzaman, To’ Ki, pendakwah terkemuka tanah air, Ustaz Ebit Lew akui sebak sebaik sahaja tiba di tempat tinggal penyanyi tesebut.

ebiit lew toki

Advertisement

Menurut Ebit, penyanyi itu hanya sekadar menginap di sebuah pondok kecil di pinggir hutan di Batu 12 Gombak, Selangor.

“Dari jauh To’ki terus sambut saya dan terus peluk saya. Tak sempat nak cakap apa-apa. Macam dah lama kenal.”

Ustaz Ebit berkongsi pengalaman tersebut menerusi sebuah muat naik di laman Instagramnya.

Katanya, beliau tidak hadir dengan tangan kosong kerana turut menyumbangkan beberapa kelengkapan asas buat To’ Ki dan isterinya Sharifah Fairuz.

ebiit lew toki

“Insya-Allah akan saya bantu untuk tangki dan water pump air sungai dan bilik air. Saya hadiahkan juga peti ais dan mesin basuh.”

Untuk rekod, To’ Ki dan isteri telah berteduh di pinggiran hutan tersebut sejak dua tahun lalu. Meskpiun dihujani pelbagai persepsi masyarakat mengenai kehidupannya yang seperti serba kekurangan, namun menurutnya, pondok kecil ini seolah sebuah ‘syurga’ buat dirinya dan isteri.

ebit lew toki

Disoal berkenaan sumber pendapatan, penyanyi veteran ini mendedahkan beliau hanya  bergantung pada hasil daripada persembahan di restoran atau majlis kecil, malah berharap nasibnya dalam industri muzik tempatan itu masih ada dalam usaha memperbaiki taraf kehidupannya kini.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...