Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Ustaz Ebit Lew Redah Tapak Pembinaan Hulur Bantuan Buat Warga Asing

ustaz ebit lew sumbangan warga asing

Kemurahan hati pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew memang sudah diketahui ramai. Dia antara insan yang aktif menyampaikan sumbangan buat mereka yang ditimpa kesusahan atau kesempitan hidup ketika tempoh Kawalan Pergerakan (PKP). Ramai yang hilang sumber pendapatan dan terpaksa mengikat perut.

ustaz ebit lew sumbangan warga asing

Advertisement

Ingin membantu sesiapa sahaja tidak kira bangsa atau agama, baru-baru ini Ustaz Ebit  turun padang meredah tapak pembinaan untuk menghulurkan bantuan buat warga asing yang turut tidak mempunyai pendapatan ekoran mendapat gaji hari dari majikan.

Menerusi perkongsian di Facebooknya, pendakwah itu meluahkan rasa kasihan apabila mendengar ramai pekerja warga asing  sudah putus asa dengan hidup, tiada pendapatan dan tiada bekalan makanan.

ustaz ebit lew sumbangan warga asing

Lebih menyedihkan, ada yang mempunyai bayi kecil dan terpaksa hidup bersesak di tapak pembinaan.

Ingin meringkan beban mereka, Ustaz Ebit telah mengagihkan puluhan kampit beras serta set keperluan makanan lain beserta lampin untuk mereka meneruskan kehidupan.

Advertisement

ustaz ebit lew sumbangan warga asing ustaz ebit lew sumbangan warga asing ustaz ebit lew sumbangan warga asing

Usaha murninya itu mendapat perhatian netizen yang mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Ebit yang tidak pernah pilih kasih dalam menghulurkan bantuan walaupun mereka semua adalah warga asing.

Semoga segala urusan Ustaz Ebit dipermudahkan dan semoga dimurahkan rezeki. Harapnya apa yang dilakukan olehnya akan dapat memberikan inspirasi buat orang lain membantu golongan susah di luar sana.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

5 Comments

  1. Anonymous

    April 9, 2020 at 7:54 pm

    Tahniah ustaz, tak semua boleh buat mcm ustaz buat, pedulikan yg nak mengata, diorg tu dengki tp pura2 ckp bukan dengki, teruskan usaha ustaz, jgn pedulikan suara2 sumbng yg perasan bagus..

  2. Benci org suka kecam2 x tentu hala

    April 9, 2020 at 7:03 pm

    Dia ambik gambar sebab nak tunjuk pada para penderma aktiviti yg dia lakukan mengunakan duit sumbangan tu.. Bkn dia nak glamour dia pun tau kalau bersedekah tayang ke org ramai sedekah tu jadi sia2. Cuba bersangka baik

  3. Me

    April 9, 2020 at 6:51 pm

    Saudara seIslam ku. Ini cabang dakwah & suntikan “halus” bagi org yg berduit untuk menderma & BERSEDEKAH!!! Supaya manusia seperti Ebit Liew ni dpt hulur bntuan, bukannya setakat membawang kat socmed

  4. lalala

    April 9, 2020 at 6:09 pm

    hmm..zaman ni,klu nak buat baik,kene bwk kamera..tak pun bwk dgn personal photographer sx..nak beri ksedaran kat org n ajak org berbuat baik tu bagus dh,tapii lg bagus klu part kite buat baik kat org tu sembunyi2 laa sdkit..bkn jeles tapi bende2 mcm tu, tak sesuai kot nak d tayang sgt..

  5. gampang

    April 9, 2020 at 12:30 pm

    WTF…how come this guy got exempted from MCO….go back home la, nak menunjuk-nunjuk je

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama