Meluahkan hasratnya mahu membuka 10 cawangan pasar raya menjual barangan runcit yang diveri nama Elews Mart, pendakwah Ebit Lew kongsi perkembangan terbaru bersama pengikutnya di laman Instagram mengenai perancangan tersebut.
Meskipun sudah mempunyai 3 cawangan retoran dan sebuah butik menjual kurta, namun Ustaz Ebit tetap tidak pernah mengeluh penat bagi mancari rezeki untuk keluarga serta masyarakat.
Menurut ustaz Ebit, beliau kini sedang berusaha mencari pembekal barangan runcit paling murah untuk pasar raya yang akan dibuka tidak lama lagi.
Menerusi entri itu juga, Ustaz Ebit turut memohon doa daripada semua pihak agar segala urusannya dipermudahkan serta mampu peroleh pembekal barangan runcit termurah untuk perniagaannya.
“Pohon doakan tengah cari pembeka barang runcit paling murah supaya harga ElewsMart Paling Murah di pasaran.”
Menjengah ke ruangan komen, perkongsian yang mendapat ribuan tanda suka itu dihujani pelbagai reaksi daripada pengikutnya malah sentiasa mendoakan segala yang dilakukan Ustaz Ebit dipermudahkan.
Malah, wujud segelintir pihak yang tidak putus mahu menolong dan menyuarakan hasrta ingin membantu Ustaz Ebit dalam hal ini.