Disaat insan lain lena diulit mimpi, petugas barisan hadapan seperti doktor, jururawat serta petugas kesihatan di hospital terus setia menghayun langkah melakukan yang terbaik untuk merawat pesakit dan menjadi benteng hadapan bagi membendung penularan COVID-19 di Malaysia.
Melihat pengorbanan petugas perubatan yang bertungkus lumus merawat pesakit di hospital, pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew tampil memberikan sumbangan KFC kepada mereka.
Menerusi akaun Instagramnya, Ustaz Ebit memuat naik video pendek ketika dia membeli makanan dan kemudiannya diedarkan kepada petugas di Hospital Sungai Buloh.
anie
March 22, 2020 at 10:32 pm
alhamdulillah ust.Ebit Kew…harap akan ramai lg yg kaya raya dr bisnes , kalangan pemimpin2 , anak2 raja menyumbang