May 3rd, 2018

Penceramah selebriti terkenal, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid terkejut mendengar gosip mengatakan beliau sudah berkahwin buat kali kedua baru-baru ini.

Menurut Ustaz Don, jika berita itu benar pasti beliau tidak akan merahsiakannya kerana nama beliau begitu dikenali serta perkahwinan juga adalah satu perkara yang baik dan harus di war-warkan.

Jujurnya saya belum pernah mendengar gosip mengatakan saya kahwin dua dan tidak tahu langsung mengenainya. Dakwaan itu tidak benar! Kalau benar saya kahwin dua, seronoklah. Setakat ini isteri saya hanya seorang.

Kalau benar, pasti saya tak akan sorok kerana perkahwinan merupakan perkara yang baik. Bagaimanapun cerita saya kahwin dua ini memang tidak benar, jadi memang tidak betul.

Ditanya adakah isteri tercinta, Husna Zahry akan merasa cemburu ataupun terasa hati dengan gosip tersebut, Ustaz Don mengakui mungkin isterinya akan marah. Walaubagaimanapun, beliau yakin wanita itu lebih mengenali dirinya dan kebenaran disebalik khabar angin yang tersebar.

Sumber Berita : mStar Online


48 responses to “Ustaz Don Nafi Berpoligami”

  1. Nini says:

    Yg berpoligami rahsia tu..tup tup laki mati tetiba 2/3 bini dtg minta harta..mmglh boleh berpoligami tanpa izin isteri..bkn menipu ke tu?? Ke mcmana citer..dosa tak suami tu??? Boleh sape2 kasi pencerahan..

    • Mak cik Kiah says:

      Xtau la aku nk bg hukum. Tapi secara gentleman elok la kalo kawen byk ni biar semua keluarga tahu. Jgn sorok bini sana sini. Dunia ni kecik. Jgn satu hari nnti akibat nafsu teloq jntn2 yg jenis nikah sorok2 ni ada anak2 dia yg jatuh cinta sama sendiri pulak. Bila nk nikah anak pompuan ni jika bapak tu jd wali dan dia ingat yg dia ada anak lelaki sekian2… terhalang lah situasi yg disturbing ini. Jika bapak tu dh mati dan mereka nikah kat siam atau secara wali hakim etc etc silap hari bulan berlaku pernikahan adik beradik pulak. Sooo jgn sibuk nk nikah pologami etc tnpa rasa tnggunjawab.

  2. fishball says:

    ustaz pun sekarang warak wakrak. tau2 je pasang lagi 1. UGH MEN ARE TRASHfi

  3. Sitisydney says:

    Arwah tok syeikh saya dari pattani, lain dari yang lain. Beliau akan halang anak-anak murid dia dari kawin 2. Sekali tu ada yg bising mintak kawin 2, beliau kahwinkan dgn nenek 60an (laki 40an). Ambik kau! Ada yg kahwin diam-diam kahwin dua, bila dia tahu dia cakap klu nak jumpa beliau, ikut beliau, cerai talak tiga. Beliau marah anak muridnya membesarkan nafsu bukan Allah. Kahwin 2 kerana nafsu bukan Allah. Beliau amat pentingkan pelajaran. Laki perempuan semua mesti belajar tinggi lawyer, doktor engineer, Phd.. Beliau korbankan harta sendiri untuk hantar anak murid miskin ke uni. Sambil ke uni hafal quran. Beliau berceramah, mengajar quran, hafal quran dan berzanji, selesaikan masalah orang, berubat orang satu sen pun tak minta duit, cuma menumpang rumah orang yg sudi.. Kalau ada makan beliau makan kalau tak puasa.
    Pernah juga beliau sekeluarga diusir dr rumah sewa dan menumpang. Lepas beberapa tahun baru kami perasaan, kami bagi seikhlas hati kami anggap macam tok-tok kami. Bila tengok
    Sultan Muhammadv, sayu teringat tok syeikh. Muka, badan, kulit putih sebijik tapi hidung tok syeikh lebih ke arab dan janggut putih panjang. Maaflah warga bn luahan yg panjang cuma teringatkan tok syeikh yg pergi 13thn. Beliau amat beratkan majlis zikir dan berzanji di malam jumaat . Susah nak cari tok syeikh macam ni sekarang. Kami orang perempuan sangat sayang kat beliau. Tolong doakan saya dapat buat master seperti pesan beliau yg suruh belajar sampai phd. dan beriman.

  4. Lisa says:

    Poligami sunnah. Tp monogami pun sunnah kan? Nabi muhammad start poligami lepas khadijah wafat. Lagipun, menjagaa hati isteri bukan ke lebih wajib dari mengejar poligami yg belum tentu mendatangkan bahagia pun lg. Org yg btul2 risau nak masuk syurga akan pikir byk kali sblum kawim byk.lepas mati nnti, bini2 ni semua bergayut kat kau, silap2 lepas timbang dosa pahala xlepas pun nak masuk syurga. Harun din isteri satu je, nik aziz pun bini satu je.

  5. anon says:

    Don ni kdg2 over sikit dlm cara penyampaian dia, over dari segi nak wat kelakar tapi tak kelakar, mcm dibuat2, tak natural mcm org lain. Pernah tengok live 2X, di birmingham UK 2014 & di masjid cyberjaya 2,3 bln lepas. Dia kene relax sikit & takyah wat kelakar pun.

Loading...