May 3rd, 2018

Penceramah selebriti terkenal, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid terkejut mendengar gosip mengatakan beliau sudah berkahwin buat kali kedua baru-baru ini.

Menurut Ustaz Don, jika berita itu benar pasti beliau tidak akan merahsiakannya kerana nama beliau begitu dikenali serta perkahwinan juga adalah satu perkara yang baik dan harus di war-warkan.

Jujurnya saya belum pernah mendengar gosip mengatakan saya kahwin dua dan tidak tahu langsung mengenainya. Dakwaan itu tidak benar! Kalau benar saya kahwin dua, seronoklah. Setakat ini isteri saya hanya seorang.

Kalau benar, pasti saya tak akan sorok kerana perkahwinan merupakan perkara yang baik. Bagaimanapun cerita saya kahwin dua ini memang tidak benar, jadi memang tidak betul.

Ditanya adakah isteri tercinta, Husna Zahry akan merasa cemburu ataupun terasa hati dengan gosip tersebut, Ustaz Don mengakui mungkin isterinya akan marah. Walaubagaimanapun, beliau yakin wanita itu lebih mengenali dirinya dan kebenaran disebalik khabar angin yang tersebar.

Sumber Berita : mStar Online


48 responses to “Ustaz Don Nafi Berpoligami”

  1. Anonymous says:

    yg suka berpoligami

    kelantan
    laki suka cakap sunnah tp bab kawin je sunnah
    ustaz2

  2. melati says:

    ustaz menggong

  3. grumpydrive says:

    Dia pernah bagi ceramah pasal poligami.. Dia sendiri cakap dia tak mampu – takut tak berlaku adil pada isteri. Nanti dosa jer. So lelaki lelakii jgn nak follow Salleh Yakub apa ntah ejaan nama dia.

Loading...