Memang sama cantik dan sama padan pasangan ini. Ustaz Don Daniyal dan Husna Mohd Zahry kini sedang bahagia menjalani kehidupan bahagia sebagai suami isteri. Walaupun ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah pertemuan mereka terjadi, Ustaz Don lebih gemar berahsia mengenai hal tersebut.
Di dalam entri gambar majlis perkahwinan Ustaz Don dan Husna, ada pembaca yang tertanya-tanya apakah hukum memakai inai. Di dalam Mingguan Wanita, Ustaz Don mengulas secara panjang lebar mengenai perkara itu:-
Saya mahu jelaskan di sini berkenaan dengan pertanyaan mengenai inai di jari. Jika kita menyemak fatwa yang ada, mengapa ukiran di tangan dibenarkan di dalam Islam? Pertama, inai adalah perhiasan wanita. Lelaki pula tidak boleh memakai inai kecuali untuk perubatan. Ada juga yang sebut, bagaimana pula dengan ukiran? Ukiran ini disebut oleh ulama yang dibolehkan adalah dalam bentuk tumbuh-tumbuhan dan tidak berbentuk apa-apa makhluk
Banyak lagi cerita-cerita menarik pasangan pengantin baru ini yang telah dikongsi menerusi Mingguan Wanita. Jangan lupa dapatkannya di pasaran atau anda boleh membacanya secara online di laman web Mingguan Wanita.
P.S: Cute gila roti-roti bakar ini. Tak sampai hati nak makan.