Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Ustaz Don Akui Telah Bertunang, Bakal Berkahwin Tidak Lama Lagi

Ustaz Don. Abang Nara pasti ramai wanita yang dalam diam meminati Ustaz Don kerana kekacakan dan kepetahannya berbicara. Abang Nara pun suka Ustaz Don kerana dia membawa imej yang mudah didekati, remaja dan sempoi. Dan hari ini di dalam Berita Harian, Ustaz Don mengakui yang dia sudah pun bertunang dan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

gambar ustaz don bertunang

Advertisement

Sebelum ini, gambar di bawah telah pun tersebar luas namun tiada sebarang pengakuan yang telah dilakukan oleh Ustaz Don. Untuk makluman, bakal isteri Ustaz Don ialah pelajar jurusan perubatan di Universiti Kaherah, Mesir.

gambar ustaz don bertunang

Abang Nara doakan agar persiapan perkahwinan Ustaz Don berjalan dengan lancar. Untuk mereka yang belum mengenali Ustaz Don, apa kata anda menonton program 30 Minit Ustaz Don yang bersiaran setiap Isnin sehingga Khamis, jam 10 malam di TV AlHijrah.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama