Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus telah berkongsi beberapa tips kebahagiaan yang boleh diamalkan oleh pasangan suami isteri bagi memastikan rumah tangga kekal harmoni dan bahagia.
Menurut Ustaz Azhar, pasangan suami isteri perlu saling memaafkan demi menjaga keharmonian rumah tangga.
Ini kerana tiada yang sempurna, jadi sikap bertolak ansur sangat penting dalam melalui kehidupan bersama sebagai pasangan suami isteri.
Antara suami isteri perlulah berlebih kurang dan saling memaafkan. Hakikatnya, kita tidak akan dapat kesempurnaan. Jadi kita perlulah saling memaafkan.
Salah jika kita berkahwin dan harapkan perempuan itu yang terbaik. Yang terbaik adalah Saidatina Khadijah, Saidatina Aisyah, isteri-isteri para sahabat tapi mereka juga tidak sempurna.
Ustaz Azhar turut berpesan agar tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi terhadap pasangan masing-masing. Cukuplah sekadar memahami dan merawat apa yang kurang.
@ustaz.azhar.idrus66 TIPS BAHAGIA SUAMI ISTERI #ustazazharidrus #ceramah #fyp #fypage #fypシ゚ #xybca #ceramahislam #rumahtangga #fypp #ceramahpendek #fyppppppppppppppppppppppp ♬ original sound – Ustaz Azhar Idrus
Mengulas lanjut, Ustaz Azhar turut berkata kesempurnaan tidak akan pernah wujud dalam realiti kehidupan manusia.
Kita tak akan jumpa kesempurnaan yang sebenar ketika hidup di atas dunia.
Hubungan kasih sayang dan kemesraan yang baik-baik hanyalah dalam khayalan-khayalan yang ditulis dalam lirik-lirik lagu. Sebab itu lagu-lagu cinta seronok didengar.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.