Ustaz Adnin Kecewa, Tegur Masyarakat Yang Sanjung ‘Hot Daddy’ – “Korang Dah Hilang Malu Ke? Dah Hilang Iman Ke?”

Trending

Ustaz Adnin Kecewa, Tegur Masyarakat Yang Sanjung ‘Hot Daddy’ – “Korang Dah Hilang Malu Ke? Dah Hilang Iman Ke?”

Baru-baru beberapa individu termasuk pasangan suami isteri yang mempunyai anak teruk dikecam warganet kerana teruja dan beria-ia mahu bergambar dengan lelaki dikenali sebagai ‘hot daddy’.

Menerusi video yang tular, ramai pengunjung sebuah acara dilihat menegur dan teruja dapat berjumpa dengan lelaki yang merakam video porno sendiri itu.

Advertisement

 

Kenapa ada orang tergamak puji, sanjung pelakon porno?

Seorang penulis buku ilmiah dikenali sebagai Ustaz Adnin memuat naik video ulasannya apabila ada yang bertanya tentang isu berkenaan kepadanya.

Kenapa ada orang tergamak puji, like, bergambar dan sanjung pelakon porno tu?

Adnin berkata dia berasa sedih apabila perkara itu berlaku kerana ia bagaikan memberi tanda dirinya kurang melakukan dakwah terutamanya masyarakat seperti sudah menormalisasikan dosa besar.

 

Dah hilang iman ke?

Jawab Addin lagi, dia tidak menyangka lelaki yang tular dan ditangkap kerana berzina serta membuat video lucah dengan ramai wanita itu tiba-tiba disanjung ramai.

Bila dah ikat jamin, alih alih dia buat live, ramai orang tengok. Lelaki, perempuan pun tengok. Siap bagi gift, puji, sanjung. Mamat tu jalan jalan, ramai nak bergambar dengan dia.

 

Ya Allah, korang dah hilang malu ke? Dah hilang iman ke? Kalau tak mampu tinggalkan maksiat, janganlah buat maksiat terang-terangan. Jangan support pelaku maksiat itu.

 

 

Harap pihak berkuasa ambil tindakan

Sementara itu, Adnin turut menegur sikap masyarakat yang menganggap perkara lucah atau maksiat adalah normal dan memohon agar pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya terhadap lelaki berkenaan.

Kalau kita dah mula bangga dan support maksiat, maksudnya kita ini dah tak ada iman. Sebab selemah-lemah iman adalah benci dan jauhi maksiat itu.

 

Yang sedihnya, zaman sekarang dah dianggap normal benda lucah ni. Zina dianggap normal, gurau lucah dianggap normal. Apa benda semua ni?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Adnin Roslan (@ustazadnin)

sajat hot daddy
11 months ago

Sajat Ulas Kontroversi Video Lucah 'Hot Daddy', Anggap Memalukan Islam - "Kalau Aku Jijik, Jijik Lagi Yang 'Straight'"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...