Ustaz Ebit Lew memang dikenali sebagai seorang yang pemurah dan sering membantu petugas barisan hadapan dan mereka yang memerlukan sejak wabak COVID-19 melanda negara kita.
Namun, bantuannya kepada sebuah keluarga miskin yang sebelum ini hidup bergelumang sampah mengundang perdebatan pelbagai pihak termasuklah pendakwah Ustaz Abu Syafiq, yang didakwa memuat naik status seakan kurang bersetuju dengan apa yang dilakukan Ustaz Ebit Lew.
Menurutnya, berkongsi gambar dan video orang miskin yang susah adalah perbuatan hram kerana dikhuatiri boleh mengaibkan mereka.
Meskipun tidak menyatakan status itu ditujukan kepada siapa, namun netizen membuat andaian bahawa kenyataan berkenaan ditujukan kepada Ustaz Ebit Lew. Rata-rata netizen kurang senang dengan apa yang dikatakan olehnya dan mengecam pendakwah itu.
“Saya tak tahu apa-apa. Bukan dituju pada dia” – Ustaz Abu Syafiq
Enggan salah faham terus timbul dan isu itu berpanjangan, Ustaz Abu Syafiq tampil memberi penjelasan sebenar mengenai perkara itu menerusi Facebook Live.
Menurutnya, status tersebut sebenarnya merujuk kepada fatwa ulama Mesir yang mengharamkan tayangan gambar atau video orang miskin yang diberi bantuan kerana bimbang akan memalukan mereka.
Ustaz Abu Syafiq turut menafikan status itu ditujukan kepada Ustaz Ebit kerana dia langsung tidak tahu menahu mengenai pendakwah berbangsa Cina itu serta derma atau bantuan yang dihulurkan.
Tambahnya lagi, sebagai umat Islam harus menutup aib sebagaimana Allah SWT menutup aib kita semua.

Hamba Allah
April 25, 2020 at 9:48 am
Abu syafiq tak layak dipanggil ustaz…hati yg dengki..klu org yg alim,baik..abu syafiq takkan tegur ustaz ebit liew sampai mjatuhkn maruah beliau..malah begitu riak seolah2 berasa diri cukup bagus..jelas ada perasaan dengki disitu..berubahlah abu..jadilah org yg gembira diatas kejayaan org lain bkn cemburu..bersihkn hati..bertaubatlah.
Anonymous
April 25, 2020 at 9:37 am
Dia ni dah lama busuk..
Anonymous
April 25, 2020 at 6:45 am
dia ni la punca segala ni kerana sepotong ayat berbisa dgn di hiasi hasad dengki..berapa rmai insan susah yg tergendala bantuannya kena sepotong ayat yg menjahamkan org lain… smpi terstop bantuan pd org susah. smpi uztaz dkecam.. smpi uztaz kena pngil polis..
lol
April 24, 2020 at 11:08 pm
facebook ustaz abu dah takde. kena block la tu
Shj
April 24, 2020 at 10:20 pm
X mampu nak buat apa yg ustadz ebit lewd lakukan skg… Bagus ko diam jak laa… Ingatkan para ustadz ne x perasaan dengki… Lagi teruk dengkinya.. Puikhhh…