Disenangi kerana sifat kelakar, selamba serta kemantapan vokalnya ketika menyanyi, nama Usop daripada program realiti Mentor Milenia menjadi viral dan popular hanya dalam sekelip mata.
Usop yang berasal daripada Kulim, Kedah mula memikat hati penonton ketika beliau menyampaikan lagu Permata Cinta nyanyian asal Aiman Tino pada konsert pengenalan Mentor Milenia baru-baru ini. Sambutan yang diberikan agar luar biasa daripada penonton yang menyatakan beliau mampu membawakan lagu itu dengan baik.
Untuk pengetahuan anda, Usop adalah nak didik mentor Hazama dan merupakan peserta pilihan pertama beliau. Â Berikut antara video nyanyian Usop :