Pelakon Fikry Ibrahim nampaknya menjadi tumpuan netizen di media sosial apabila dia tampil bergurau senda dengan ibunya, Bibi Zaleha,73, di Instagram.
Fikry,27, memuat naik video dia bersama ibunya itu untuk tatapan peminat dan juga pengikut Instagramnya, semalam.
View this post on Instagram
Menerusi video itu, pelakon drama Hero Seorang Cinderella itu menceritakan aktiviti yang dilakukan bersama bonda tercinta antaranya seperti menjahit, memasak dan membersihkan kawasan kampung.
Gelagat ibunya yang bersahaja dan sering ketawa ketika Fikry bercerita membuatkan peminat terhibur dengan keletah dua beranak ini.
Menjengah ruangan komen, peminat sempat memesan kepada Fikry agat tidak membuat pengumuman mengejut mengenai perkahwinan seperti yang dilakukan pelakon Remy Ishak.
View this post on Instagram
Malah, ada yang memilih aktor ini sebagai Hero Malaya yang seterusnya setelah gelaran itu diberikan kepada Remy sebelum ini.
“The next tall, dark and handsome. Pujaan Malaya.” tulis seorang netizen.
Sekadar info, Fikry telah meluahkan hasrat untuk berehat seketika daripada dunia seni dan pulang ke kampung halaman di Jitra, Kedah bagi menjaga ibunya yang kini sakit diserang angin ahmar sekitar bulan Mac yang lalu.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.