“Usia Terbaik Untuk Berkahwin Bagi Lelaki Dan Wanita Adalah..” – Dr. Sheikh Muszaphar

Hiburan

“Usia Terbaik Untuk Berkahwin Bagi Lelaki Dan Wanita Adalah..” – Dr. Sheikh Muszaphar

Angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor meletakkan usia 32 tahun merupakan umur terbaik bagi seseorang lelaki untuk mendirikan rumah tangga.

Manakala, umur ideal wanita berkahwin pula sekitar usia 28 tahun. Peringkat umur ini adalah tempoh terbaik dari sudut kewangan dan emosi seseorang individu untuk membina keluarga.

Advertisement

Menurut Sheikh Muszaphar, ketika umur sedemikian, seseorang individu itu sedang berada di puncak kariernya.

Namun, anda tidak akan pernah bersedia sehinggalah anda mengambil keputusan untuk ‘settle down‘.

Sheikh Muszaphar turut mengambil kira situasi dirinya yang dianggap sedikit lewat untuk membina keluarga ketika diusia 38 tahun.

Saya berkahwin pada umur 38 tahun, dan sekarang ketika umur saya 49 tahun saya masih berusaha membesarkan anak-anak kecil yang berlari-lari sekitar rumah.

Terdahulu, Sheikh Muszaphar berkongsi pendapatnya itu menerusi satu hantaran gambar di laman Instagram miliknya yang turut membuka ruang bicara buat pengikutnya untuk berdiskusi mengenai usia ideal untuk mendirikan rumah tangga.

Haa apa pula pendapat anda tentang umur yang sesuai untuk berkahwin?

Dr Sheikh Muszaphar
2 years ago

"Mereka Bukanlah Anti Vaksin Cuma...." Dr Sheikh Muszaphar Kurang Setuju Pendekatan Menteri Tangani Golongan Antivax

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...