Penyanyi rap wanita yang mula dikenali ramai, Loca B kini mengakui sudah mula rasa mengah dan penat gara-gara usia kandungan yang kini mencecah enam bulan.
Dia yang dihubungi media turut meluahkan rasa kesyukuran kerana tidak mengalami sebarang alahan sejak awal kehamilan namun hanya mengalami loya sedikit ketika awal dahulu.
Tambah isteri kepada salah seorang anggota kumpulan K-Clique iaitu Tuju, dia sudah mula berasa penat apabila kandungan mula memasuki trimester ketiga. Namun Loca B hanya berfikiran positif dan mahu bekerja keras selagi boleh dan mencuba untuk menjaga kesihatan sebaik mungkin.
“Nak masuk trimester ketiga ni dah mula rasa penat. Kalau hari yang kena kerja, saya mesti bersenam dulu sebelum pergi supaya rasa segar..”
Ketika ditanyakan mengenai kariernya kini, Loca B mengakui kerjanya kini sebagai penyanyi agak perlahan disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang dijalankan kerajaan kini.
Sumber : Astro Gempak