Kebanyakan individu yang berada pada umur seperti Ahmad Chemeah, 67, selalunya hanya mahu berehat sahaja. Tetapi beliau masih gigih membina badan.
Merupakan bapa kepada dua anak, Ahmad atau mesra dikenali sebagai Pak Long tidak menganggap faktor usia sebagai penghalang membina otot kerana baginya, dia kini mempunyai masa untuk fokus kepada apa yang disukainya.
Kata Ahmad kepada The Sun Daily, minatnya untuk membina badan bermula pada usia 17 tahun apabila melihat poster Tarzan dan poster beberapa orang pembina badan lain. Tambahnya, dia mengambil masa untuk membina badan dan mula menyertai pertandingan bina badan yang dianjurkan di pantai-pantai sekitar 70-an dan 80-an.
Saya menang beberapa pertandingan tersebut.
Namun begitu dia mengakui dia tidak pernah ke peringkat negeri atau kebangsaan.
Ahmad kemudiannya menghentikan aktiviti bina badan pada usia 30-an dan mula membina badan semula apabila mencecah usia 50-an. Walaupun sukar, hasil usahanya berbaloi untuk mendapatkan bentuk badan yang diidamkan kebanyakan lelaki lebih muda.
Dia seolah segan untuk berkongsi teknik yang dipraktikkan tetapi memberitahu rutin senaman yang dilakukannya tidak berbeza dengan panduan bina badan moden. Apa yang penting ialah memiliki kekuatan mental dan meneruskan usaha walaupun ototnya berasa sakit.
Satu lagi aspek penting ialah pemakanan.
DIa berkata dia makan makanan kaya protein seperti ikan dan ayam organik yang tidak diperisakan dengan garan, gula atau bahan rempat kerana dia mahu makan degan ‘bersih’.
Ahmad kini menghabiskan masa bersenam dan menyelenggara gimnasium di Tasek Gelugor yang dimulakan beberapa tahun lepas. DIa hanya mengenakan yuran keahlian sebanyak RM 2 kerana dia mahu mempromosikan bina badan kepada generasi muda.
Ia murah. Saya sudah melatih 20 orang setakat ini, dan mereka telah membuka gimnasium sendiri atau sudah menjadi jululatih peribadi.
Walaupun menyertai sukan bina badan Ahmad mengakui yang dia segan untuk menyertai pertandingan bina badan kategori veteran.
Seganlah. Walaupun ramai kawan-kawan saya suruh saya sertai pertandingan bina badan.
Ahmad juga menolak untuk berhenti bina badan bagi menikmati usia persaraan kerana dia mahu kekal lasak untuk tempoh masa hadapan dengan lebih lama.
Ini apa yang ingin saya lakukan. Kenapa saya perlu berhenti?