Usia 24 Tahun, Gadis Muda Ini Mampu Beli Rumah Superlink & Kereta Subaru. Anak Muda Wajib Baca! Inspired!

Trending

Usia 24 Tahun, Gadis Muda Ini Mampu Beli Rumah Superlink & Kereta Subaru. Anak Muda Wajib Baca! Inspired!

24-630x354

Walaupun baru je berusia 24 tahun yang bagi admin rasa masih muda dan dikelilingi dengan gaya hidup boleh dikatakan mampu untuk berbelanja sakan tetapi berbeza dengan gadis ini kerana mampu membeli hartanah dan dijadikan aset untuk keluarga.

Advertisement

Apa yang menariknya, beliau langsung tiada memiliki kad kredit atau sebarang pinjaman bank. Menarik kan?

Jadi admin kongsikan kepada korang berdasarkan apa yang dikongsikan oleh anak muda bernama  Syafieqah A’lya ini apabila berjaya membeli rumah teres superlink dan Subaru di usia 24 tahun.

Mission accomplish before 24..

Screen-Shot-2016-01-20-at-2.19.59-PM-1-630x466

Terngiang-ngiang kata-kata kawan masa belajar Dahulu.

“Orang paling gila dalam Rumah ni adalah kau”. Sikit pun tidak terasa apa yang kamu kata, malah ingin berterima Kasih sebab ayat ni menjadi pembakar semangat saya Sampai sekarang.

Alhamdulillah cita-cita tercapai dan buat mak tersenyum Saya bukan dari golongan bijak pandai dan keluarga berada, tapi saya tahu Usaha dan pengorbanan serta berkat doa keluarga saya hari ini memberi hasil di masa Akan datang.

Saya dah tahan lama segala kehendak saya dan bohong la kalau saya cakap saya tidak suka shopping, tapi saya tahan diri saya sebab saya yakin dengan kata-kata mentor saya Tn Khairul Ezuwan , “tahanlah sementara kehendak awak hari ini untuk dapat sesuatu yang lebih baik akan datang dengan lebih selesa”, saya banyak belajar dengan beliau bagaimana mengenal apa yang positive dan apa yang negative.

Apa yang perlu didahulukan, apa yang perlu dikemudiankan. Bagaimana tahap memiliki kehendak tanpa terbeban.

Dulu saya pernah cakap pada beliau, mustahil saya mampu lakukan tapi beliau dengan tenang jawab, TAK MUSTAHIL PON, AWAK BUAT JER.

Saya telah berjaya lakukan sebelum umur saya 24 tahun untuk miliki apa yang saya mahukan. Walaupon itu kehendak, saya tidak terbeban lagi untuk memilikinya dan ini masanya saya nak reward diri saya sendiri .

Betul orang cakap, Kita bukan cukup bila bergaji besar, Kita akan rasa cukup bila Ada simpanan yang cukup. Lepas tu angka gaji bukan lagi faktor utama.

Kepada rakan-rakan , Tidak ada yang mustahil jika kita sanggup berusaha lebih, cekal dan kental untuk ubah diri kita sendiri .

Semoga anda semua berjaya. Saya menulis untuk memberikan inspirasi apa yang telah saya lalui dan apakah hasilnya.

Sekadar perkongsiaan
Syafieqah Alya

 

Berjaya juga kumpul harta lain..

Screen-Shot-2016-01-20-at-2.00.57-PM-630x476

Malah, menurut kenyataan Facebook Khairul Ezuwan, merangkap sifu kepada si cantik manis ini sebenarnya dah memang berjaya mengumpul ‘harta’. Malah, dia juga merupakan pelajar cemerlang semasa belajar dahulu.

“Saya nak share sedikit apa antara yang beliau telah kecapi sebelum umur beliau 24 tahun atas kebenaran dari beliau untuk menjadi inspirasi kepada orang Ramai terutama golongan muda dan belia.”

Beli Kereta Myvi (Disewakan)
Pembiayaan ASB 200K , Teknik Compounding.

Tidak usik dividen.

Rumah Terrace Superlink baru 5 bilik, 5 bilik air.
simpanan yang besar setiap bulan.

Semua komisen, OT & income part time disimpan.
Beliau hanya gunakan gaji basic untuk survive.

Beli kereta Subaru XV (kegunaan sendiri)
pembiayaan belajar telah dilangsaikan

tidak mempunyai pinjaman peribadi

tidak pernah mempunyai kredit kad

Screen-Shot-2016-01-20-at-2.01.04-PM-1-630x464

Setelah admin ikuti perkongsian ini, terselit sedikit nasihat dan saranan dari sifu beliau..

sanggup atau tidak

Walaupun bergaji cuma RM2000, anda masih boleh lagi ikuti seperti mana anak muda di atas. Pokok pangkalnya adalah konsisten dalam menyimpan. Kurangkan gaya hidup mewah. Jika anda berjaya, pasti boleh punya lah!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...